1. Tan Sri Anthony Francis Fernandes
Tan Sri Anthony Francis Fernandes dilahirkan pada 30
April 1964 di Kuala Lumpur.Kini beliau berusia umur 47 tahun.Bapanya bernama
Stephen Edward Fernandes manakala ibunya bernama Ena Dorothy Fernandez. Pada
usia muda, Tony selalu mengikuti ibunya seorang pengusaha kepada pihak peniaga
Tupperware dan konvensyen.Beliau mendapat pendidikan di Epsom College
1977hingga1983 dan kemudian lulus dari London School of Economics pada tahun
1987. Beliau bekerja sebentar dengan Virgin Atlantic sebagai seorang juruaudit,
kemudiannya menjadi pengawal kewangan untuk Rekod Virgin Richard Branson di
London dari 1987 hingga 1989.
Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE juga dikenali sebagai Tony Fernandes
ialah seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd",
yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan
slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang". Fernandes mencapai
kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan
yang sakit kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang. Fernandes juga dikenali
untuk peranannya dalam pencapaian Persetujuan-persetujuan Langit Terbuka dengan
negara Thailand, Indonesia dan Singapura, apabila dia meminta bekas Perdana
Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian pada pertengahan
tahun 2003. Atas permintaan tersebut, negara-negara tersebut telah bersetuju
memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat-syarikat penerbangan tambang
rendah yang lain.
Sekembalinya ke Malaysia beliau dilantik sebagai pengarah urusan Warner
Music (Malaysia) Sdn Bhd. Sewaktu bertugas di syarikat ini beliau berjaya
mencetus suatu ‘revolusi’ dalam muzik etnik, nasyid dan dangdut
kedalam arus perdana muzik tanah air. Beliau berkhidmat dalam kumpulan ini dari
1992 sehingga 2001, akhir sekali memegang jawatan vice presiden kumpulan
bagi kawasan Asia Tenggara.
Air Asia
Apa yang amat menarik tentang biografi Dato’ Tony ialah penglibatan beliau
sebagai penggerak utama dalam penubuhan dan operasi Air Asia,
syarikat penerbangan tambang murah yang paling berjaya di Asia. Bermula
dengan dua buah kapal terbang Boeing 737 yang usang tatkala masih
dimiliki kerajaan, kini kumpulan Air Asia yang diterajui Tony Fernandes
sejak tahun 2001 telah maju dari setapak ke setapak sehingga kini
memiliki 62 buah kapal terbang dalam perkhidmatan dan 277 buah lagi dalam
pesanan. Setelah kesemua kapal terbang ini beroperasi nanti, ini mungkin
menjadikan kumpulan penerbangan Air Asia sebagai kumpulan penerbangan tambang
murah yang tebesar di dunia.
Kini kumpulan Air Asia berkhidmat melalui 142 laluan dan 78 destinasi
dengan sejumlah 400 penerbangan sehari di Asia, dan juga ke
Australia dan Eropah. Dalam tahun 2011, Air Asia telah menerbangkan
sejumlah 30 juta penumpang dari pelbagai negara.
Jatidiri Tony Fernandes
Kejayaan luar biasa selalunya di hasilkan oleh seseorang yang juga
mempunyai peribadi yang luar biasa yang membantu dalam setiap
langkah yang dilalui. Pertama sekali ialah wujudnya minat untuk
berniaga yang perlu untuk mendorong seseorang kearah itu. Dalam diri Tony
Fernandes, beliau banyak dipengaruhi oleh ibu beliau yang aktif dalam menjual
tupperware ke serata tanah air. Bagi Tony, ibu beliau adalah seorang
wanita yang mengkagumkan kerana kemampuannya yang luar biasa dalam
menjual barangan kepada sesiapa sahaja. Justeru itu beliau banyak
belajar dari peribadi ibu beliau yang ternyata begitu penting dikala
mengharungi alam perniagaan.
Bapa beliau, Dr Stephen Edward Fernandes, sebaliknya amat berbeza daripada
peribadi ibunya. Dr. Fernandes memiliki sebuah klinik, tetapi tanpa
keuntungan kerana terlalu bermurah hati kepada setiap pesakit sehingga
kerap kali memberi perkhidmatan dan ubat secara percuma. Tony
sungguh tidak terpikat dengan cara cara bapa beliau berniaga.
Pada sekilas pandang memang ada ciri ciri yang serupa diantara
Tony dengan ayah beliau. Jika ayah beliau memberi keistimewaan kepada
pesakit yang miskin, Tony juga memberi fokus kepada rakyat yang kurang mampu
untuk membeli tiket penerbangan biasa. Tetapi bezanya, jika ayah beliau
membantu pesakit dengan tujuan mengurangkan bebanan mereka, sehingga
mengorbankan keuntungan, Tonya juga membantu rakyat yang tidak mampu membeli
tiket kapal terbang, tetapi beliau tetap terikat dengan prinsip
perniagaan berasas keuntungan dan lestari ( berkekalan).
Kemampuan beliau berkomunikasi, mempengaruhi orang dan semangat yang
kental amat mengkagumkan dan merupakan satu ciri yang diwarisi dari ibu
beliau. Selain itu zaman persekolahan dalam usia yang sangat muda (umur
13 tahun) di sekolah berasrama di England, juga memberi kesan yang
mendalam kepada peribadi beliau. Di sana, berjauhan dari keluarga dan
kampung halaman, membentuk nilai teras dalam peribadi beliau, terutama
kemampuan berkomunikasi dan berdikari dalam apa jua suasana.
Ibu beliau meninggal sewaktu Tony hanya berusia 15 tahun meninggal kesan yang
mendalam kepada beliau. Ia meninggalkan kekosongan dalam hidup dan membantu
dalam membentuk peribadi yang cekal dan mampu berdikari di mana sahaja.
Jika di lihat dari segi kecenderungan usahawan mengambil risiko, Tony adalah
contoh yang amat ekstrim. Beliau adalah seorang yang nampaknya hyperactivebegitu
fokus dalam melaksanakan perkara yang beliau minati, sehingga sanggup menggadai
apa sahaja yang beliau miliki walaupun masih jauh daripada mencukupi sebagai
modal syarikat. Mungkin ini bukan suatu perkara yang menghairankan, jika
yang diminati itu matlamat yang biasa, tetapi untuk memiliki sebuah
syarikat penerbangan sudah tentu bukanlah sesuatu dalam jangkaan untuk seorang
yang tidak memiliki modal yang cukup dan hanya berbekalkan minat dan
semangat yang kental.
Sungguhpun demikian adalah kurang tepat menyatakan yang Tony bersikapreckless dalam
membuat sesuatu pertimbangan kerana beliau tetap mementingkan soal keuntungan.
Malah beliau amat yakin kepada soal potensi pertumbuhan yang tinggi
dalam industri penerbangan di Asia sebelum menceburi sektor tersebut.
Bagi menentukan kejayaan, sikap beliau yang fokus kepada sesuatu
projek adalah suatu ciri yang tepat dan dapat membantu mengurangkan risiko.
Beliau berkata, ” Saya bukanlah seseorang yang suka memulakan dua puluh
benda dan kemudian berharap tiga akan berjaya. Saya lebih berminat
memulakan dua atau tiga dan tentukan ia berjaya, kemudian laksanakan usaha
usaha seterusnya”. Sikap ini biasa kita nampak ada pada usahawan terkemuka
seperti Tan Sri Syed Mokhtar, Mydin, Tan Sri Azman Hashim, Tan Sri Teh
Hong Piow di tanah air kita dan usahawan usahawan seperti pengasas
Microsoft, Apple, Facebook, Ford Motor Company, Honda Motors dan banyak
lagi di arena global.
Cara cara Tony menempuhi Halangan
Kemampuan berkomunikasi timbul daripada personaliti yang yang mempunyai
keyakinan diri yang tinggi yang di asah semasa belajar dan berkhidmat di
England dan di Kuala Lumpur. Selain itu beliau juga menunjukkan sikap minima
ego dan bersedia forgive and forget yang membolehkan beliau
membuat pertimbang yang terbaik untuk syarikat dalam sesuatu waktu.
Misalnya dalam berurusan dengan Kerajaan Singapura untuk mendapat
kebenaran mendarat di sana beliau telah berhadapan dengan rintangan demi
rintangan yang berlarutan, yang biasanya melunturkan semangat orang
biasa. Walaupun demikian beliau masih boleh lagi berinteraksi dengan
pegawai pegawai kerajaan Singapura dengan baik, sambil menganggap detik
detik pahit yang dilalui hanya sebagai cabaran dalam mengembangkan laluan
Air Asia. Kini Air Asia mengadakan 26 penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur
ke Singapura sehari.
Sebelum itu, cabaran yang pertama beliau lalui timbul dari sikap masyarakat
perniagaan Malaysia sendiri yang bersikap sinikal terhadap rancangan
beliau menubuhkan syarikat penerbangan. Perkara ini tidak melunturkan semangat
beliau, malah dengan pantas, melalui Dato’ Pahamin Rajab, belia berjaya
meyakinkan Tun Mahathir, Perdana Menteri ketika itu, untuk meluluskan rancangan
beliau, mulai dengan cara mengambil alih syarikat penerbangan Air Asia,
sebuah syarikat yang nyata gagal dan dimiliki oleh kerajaan.
Setelah mulai berjaya dengan syarikat Air Asia, beliau mengalih fokus untuk
menjadikan Lapangan Terbang Subang sebagai hub penerbangan tambang murah di
rantau Asean. Beliau tahu ini satu perkara yang amat sukar diterima kerajaan
kerana negara perlu mengukuhkan kedudukan KLIA yang baharu sahaja siap diketika
itu. Tetapi Tony never takes no for an answer. Beliau menggunakan
media massa untuk mempengaruhi masyarakat dan kerajaan. Akhirnya kerajaan
bertegas menolak cadangan Air Asia demi kepentingan negara, tetapi dalam proses
ini Tony berjaya mendapat laluan laluan udara yang baru serta mendapat LCCT
yang baru di KLIA dengan kadar tariff yang berdiskaun. Ini membantu Air
Asia mengukuhkan daya saing ketika berhadapan dengan Malaysia
Airlines dan syarikat syarikat penerbangan yang lain.
Demikian juga Tony menempuhi beberapa cabaran dalam usaha mendapat hak mendarat
di lapangan terbangan Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan banyak lagi sama
ada di Asia ataupun atau benua benua lain. Namun nampaknya pengalaman di
Singapuralah yang paling mencabar.
Mengikut buku The Air Asia Story ditulis oleh Sen Ze dan Jayne Ng, bagi Tony,
kualiti seorang Usahawan yang paling penting ialah kecekalan atau dalam Bahasa
Inggerisnya willing to never take no for an answer. Bagi Tony,
“Berpeganglah dengan keyakinan anda. Jika anda terlalu mendengar kata orang
lain, anda tidak mungkin dapat memulakan sesuatu. Sebab itulah mereka
tidak menjadi usahawan. Orang yang memberi nasihat itu bukanlah usahawan.
Jika tidak, sudah tentu mereka melaksanakan sendiri. Kita hanya perlu yakin dan
laksanakannya”
Akhir sekali, anda jangan lupa peranan pendidikan dalam membantu Tony
dalam menjayakan kerjayanya. Beliau adalah seorang Fellow Member of Association
of Chartered and Certified Accountants (ACCA) dan berkelulusan dari London
School of Economic.
Sejarah penubuhan AirAsia diceritakan oleh Tony Fernandes
SIAPA YANG
MULA-MULA TERLIBAT?
Saya dan Kamaruddin berdua pada mulanya, Kamaruddin saya kenal melalui
Roslan Aziz, dulu saya bekerja dalam industri hiburan, bila saya balik (dari
England) tidak ada musik tempatan, hanya ‘Mat Saleh musik’.
Kami mulakan musik tempatan, dengan Jamal Abdillah, Salem, dan Zainal Abidin,
saya kenal dengan Roslan Aziz dan Roslan perkenalkan saya dengan Kamarudin.
Sampai satu hari saya jemu berkerja dengan orang asing, saya terfikir hendak
buka syarikat penerbangan, dan Kamarudin adalah orang yang tidak ketawa dengan
idea saya.
Dia orang yang terlibat dengan dunia kewangan. Jadi saya beritahu, boleh pergi
cari RM20 juta, kita perlukan.
KENAPA PILIH SYARIKAT PENERBANGAN?
Bila saya bersekolah di England, ayah saya hantar saya ke sana ketika
berusia 12 tahun, tidak ada siapa yang menunggu di lapangan terbang, saya perlu
menaiki bas ke sekolah itu, saya lakukan sendiri. Dan bayangkan ketika itu,
bila saya sampai ke lapangan terbang, semua orang berkulit putih… kah kah kah
(ketawa).
Ketika itu tidak ada telefon bimbit, perlu guna telefon awam, saya telefon emak
tanya, boleh saya balik masa cuti penggal, emak saya kata, tidak boleh kerana
(tiket penerbangan) terlalu mahal.
Dari saat itulah, saya terfikir, satu hari perlu buat penerbangan murah,
perkara itu sentiasa ada dalam fikiran saya.
Ibu saya ketika muda memulakan perniagaan Tupperware di Malaysia, banyak staf
saya kini adalah bekas pekerja ibu saya.
Saya selalu ikut dia terbang ke sana-sini untuk perniagaannya, jadi konsep
penerbangan tambang murah ini sentiasa bermain di fikiran.
Bila saya berhenti dari Warner Music, saya duduk di bar dan lihat iklan Easyjet
(syarikat penerbangan murah England) dan saya terfikir wow, idea ini bagus.
Kemudian saya pergi ke lapangan terbang Luton, sunguh mempersonakan, boleh
terbang ke Barcelona tambah lapan pound, ke Paris 10 pound.
Saya jumpa Kamarudin dan beritahu hendak buka syarikat penerbangan, dia tak
kata ‘idea bodoh’ atau seumpamanya, dia kata okay.
Kami jumpa, saya terangkan kepadanya, dia kata, okay, saya join, dan kemudian
tanya, apakah saya nak gunakan duit saya sendiri, saya kata ya, dia kata okay,
saya setuju kita bahagi 50-50, saya kata ini idea saya bagilah saya 51, dia
kata okay. Selesai.
Kemudian saya ajak Aziz Bakar sertai kami, kami bertiga dengan modal RM 1 juta,
(Aziz tak letak duit). Kami mula duduk bersama, dan mula buat bisnes plan.
Ia agak mengejutkan sebab kami semua tidak ada pengalaman dalam dunia
penerbangan. Kami dapat dari internet.
Kemudian, kami jumpa dengan Datuk Pahamin (Ab Rajab) (bekas Ketua Pengarah
Jabatah Pengangkutan Jalan) kami pernah berkerjasama hapuskan cetak rompak
ketika saya masih dalam industri hiburan.
Kami jumpa (bertiga) dan makan roti canai, kemudian Aziz buka cerita, “eh macam
mana kita hendak dapat lesen penerbangan? “ Kami semua saling berpandangan,
“Yalah macam mana hendak dapat lesan penerbangan..” sudah tentu tak boleh
dibeli di kedai… kah kah kah (ketawa)
Kemudian Kamaruddin kata “Kita perlukan sokongan politik,” sekali lagi kami
saling berpandangan… kami tak kenal siapapun… kah kah kah
Kami kemudian pergi jumpa Datuk Pahamin, terangkan kepadanya, dia suka idea itu
dan setuju, dia ada pengalaman dalam Kementerian Pengangkutan, bila timbul soal
lesen, dia kata, kita perlu berjumpa Perdana Menteri Dr Mahathir.
Jun 2001, kami bertiga saya, Aziz dan Pahamin, Kamarudin tidak dapat sertai.
Saya sampai awal, ketika sampai, pagar pun belum buka, tidak lama kemudian,
bila boleh masuk, kami duduk menunggu sampai ada orang datang, mereka kenal
Aziz, dan tanya “Jumpa PM sebab cetak rompak ke?” kah kah kah
Semua orang kenal kami sebagai orang dalam industri hiburan, tapi Aziz kata
“Tidak kami mahu buka syarikat penerbangan,” “semua ketawa” kah kah kah.
Semasa kami menunggu, ada pegawai PM beritahu, hari ini bukanlah hari yang baik
untuk bertemu PM, saya tanya mengapa, katanya, temujanji pertama PM hari itu
adalah dengan pembangkang.
Ia berhubung isu sakit belakang Anwar Ibrahim yang dipenjara ketika itu, yang
hadir jumpa PM termasuk ketua pembangkang Datuk Fadzil Noor.
Saya diam, kemudian diberitahu, temujanji kedua PM hari itu adalah dengan MAS,
wah lengkap, mula-mula pembangkang kemudian dengan MAS, kamu bayangkan…kah kah
kah (ketawa)
Saya terfikir hendak tulis semula CV dan pergi ke BMG Music… hahaha
Ketika beliau masuk ke pejabat PM, luas sungguh, Dr Mahathir kamu tahulah, dia
serius orangnya dan terus berkata, “I’m sick, make it fast,”.
Saya terfikir, mula-mula pembangkang, kemudian MAS dan kini PM kata dia tidak
sihat. Hahaha, lengkap.
Saya fikir habislah, saya tidak bercakap soal cadangan kami lagi, sebaliknya,
sebagai orang dari industri hiburan, saya beri PM satu CD album terbaru SM
Salim dan Siti Nurhaliza, rakaman terakhir saya, saya tahu PM peminat SM Salim.
Bila hilang kekok, baru saya bentangkan cadangan saya, Dr Mahathir tidak kata
apa-apa, dia hanya senyum sikit bila saya bergurau tentang Singapura, tetapi
akhirnya, kami semua terkejut, kerana PM tahu semuanya tentang penerbangan
tambang murah.
PM kata dia suka lihat kesungguhan kami, walaupun latar belakang kami bukan
dari industri penerbangan, tapi kami menunjukkan kesunguhan, dan dia yakin akan
berjaya.
PM akhirnya kata, “Saya tidak ada masalah dengan idea kamu…” kami semua teruja
dengan komen dia untuk setengah minit, dan kemudianya dia kata “Tapi… kamu kena
ambil alih syarikat penerbangan yang ada, ada dua syarikat penerbangan yang
gagal, kamu kena ambil alih yang sudah ada…”
Pertemuan berakhir, kami keluar dan berfikir, duit ada sejuta sahaja, macam
mana hendak beli syarikat penerbangan, tapi saya positif.
Kami pergi ke Pelangi Air, anak syarikat milik kerajaan Terengganu, tapi kami
dapati sukar untuk baik pulih syarikat itu.
Entah bagaimana, satu hari saya sedang bermain golf saya terlihat kawan lama
DRB Hicom, saya teringat tentang Air Asia kepunyaan mereka, saya tanya
kepadanya, dia soal semua, “kamu mahu membelinya? Esok pun boleh…kami tidak
mahukannya”
Kemudian kami atur pertemuan dengan pihak pengurusan tertinggi DRB Hicom,
konsisten, mereka mahu jualnya, mereka tanya saya berapa saya hendak beli, saya
bergurau RM1, ya kata mereka esok kamu boleh ambil alih.
(Nota: Ketika itu Air Asia ada hutang
sebayang RM40 juta, dengan dua pesawat dan 254 kakitangan)
Kami setuju dan tandatangan perjanjian pada 8 september 2001, 10 tahun dulu.
Kami tiada modal, saya dan Kamaruddin cagarkan rumah kami pada bank untuk cari
modal.
DRB Hicom banyak membantu kami diperingkat permulaan, saya perlu nyatakannya.
Kami syarikat penerbangan berlandaskan syariah sebenarnya. Kami satu-satunya
penerbangan yang tidak menjual alkohol di rantau ini.
(Ahmad Faizul) ini antara paling awal sertai kami. Dia buat macam-macam tugas,
pengurus kabin crew dan lain-lain. Dia dari MAS, sekarang dia jaga komunikasi
saya.
Dia bacth yang ke lapan, satu sampai tujuh staf asal ketika bersama DRB Hicom
lagi, dia yang ke lapan, dan kini kami ada 127 bacth dalam masa sepuluh tahun.
Saya ingin tekankan bahawa, kami syarikat 1Malaysia dari awal lagi, dan kami
juga syarikat bumiputera, ini bukan Ali-baba, Kamaruddin, Aziz Bakar dan Datuk
Pahamin adalah pemegang saham yang aktif dan kami kawan.
Kalau kamu lihat Pegurus Kanan Air Asia kamu dapati ramai bumiputera, tapi
tidak pernah terfikirkannya, dan kami tidak bercakap soal kaum di sini, semua
dinilai kerana merit masing-masing.
Majoriti staf adalah bumiputera. Pembahagian tugasnya mudah, Kamarudin jaga
kewangan dan korporat, Aziz Bakar jaga PR, dan saya jaga marketing dan operasi.
LALUAN PENERBANGAN PERTAMA AIRASIA?
Memula-mula saya dapat laluan ke Langkawi, kemudian dapat Pulau Pinang
dan selepas dua tahun kami beroperasi semuanya jadi lebih mudah. Pada kami
orang ramai, rakyat yang banyak membantu kami.
Kerana sebelum itu sukar untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan (mahal).
Orang ramai yang berjuang untuk kami. Sebenarnya orang pertama yang membantu
kami dari segi media adalah Rocky Bru (Ahtirudin Atan) dan NST.
Dia adalah editor Malay Mail, saya duduk dengan beliau, dan beliau banyak
membantu, juga Utusan dan Berita Harian, Datuk Manja Ismail. Aziz Bakar kenal
mereka ini semua.
BAGAIMANA ANDA MEMBINA AIRASIA?
Kami membina jenama, tidak ada syarikat Malaysia yang melabur seperti
kami, kami taja MU, pengadil, Formula 1, LA Rangers, kamu tidak boleh pergi
dari 200,000 penumpang kepada 30 juta penumpang tanpa melabur.
MAS perlu membina jenamanya.Taja golf atau apa saja, Emirates ada di mana-mana.
Kamu potong kos di sana sini, dan akhirnya kamu tiada keuntungan, tiada
gunanya.
Syarikat Malaysia kurang pentingkan pembangunan jenama, kami sebaliknya, saya
ke Liga Perdana Inggeris, bentangkan kepada mereka mengapa perlu menyokong
syarikat Malaysia.
Ini kerana rakyat Malaysia sudah menonton Liga Perdana Inggeris sejak 60 tahun
dulu.
Membina jenama adalah amat penting pada syarikat yang ingin berkembang, ketika
kami menaja MU, saya dan Kamarudin ke Old Trafford, kami tidak menonton
perlawanan, kami menonton papan iklan… hahaha wow Air Asia.. haha.
Kami bawa pasukan MU dalam penerbangan kami. Itulah kali pertama semua pemain
hendak ikut serta dalam program bersama penaja, kerana apa? Kerana ada 25 gadis
cantik (kabin krew Air Asia) yang melayan mereka sepanjang penerbangan…
Sumber AgendaDaily