1. Robert Kuok(54.48)
Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong
Kong, kekal lelaki paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM54.48 billio
berbanding RM46.1 billion tahun lepas.
2. T. Ananda Krishnan(RM33.19 billion)
Ananda, mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset yang
dimilikinya menerusi Usaha Tegas SDN BHD bernilai RM33.19 billion, peningkatan
sebanyak 0.88 peratus daripada RM32.90 billion tahun lepas.
3. Tan Sri Teh Hong
Piow(RM 18.07 billion)
Tokoh perbankan Public Bank ini kekal di tempat ketiga sejak
tiga tahun lepas, dengan aset bernilai RM18.07 billion.
4. Tan Sri Quek Leng
Chan(RM 14.11 billion)
Tan Sri Quek Leng Chan melalui Hong Leong Group dan Guoco
Group, dengan kekayaan bernilai RM 14.11 billion tahun ini.
5. Tan Sri Lee Shin
Cheng (RM 13.12 billion)
Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group yang melompat dari
kedudukan keenanm tahun lepas dengan kekayaan berjumlah RM 13.12 billion, naik
daripada RM 10.56 tahun lalu.
6. Tan Sri Syed
Mokhtar Albukhary (RM 11.07 billion)
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary jatuh ke tempat keenam
berbanding tahun lepas walaupun kekayaan beliau meningkat sebanyak 4.43 peratus
kepada RM 11.07 billion daripada RM 10.6 billion pada tahun sebelumnya.
7. Tan Sri Lim Kok
Thay (RM 9.43 billion)
Kekayaan ketua Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay meningkat
16.18 peratus kepada RM9.43 billion.
8. Puan Sri Lee Kim
Hua (RM7.47 billion)
Ibu kepada Tan Sri Lim Kok Thay mempunyai kekayaan sebanyak
RM 7.47 billion, meningkat 3.2 peratus.
9. Datuk Mokhzani
Mahathir (RM4.22 billion)
Datuk Mokhzani Mahathir melalui Sapura Kenchana Petroleum
berada di tempat kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 billion.
10. Tan Sri Azman
Hashim (RM4.11 billion)
Tokoh perbankan Tan Sri Azman Hashim melalui Arab-Malaysian
Corporation menduduki tempat ke-10 dengan aset bernilai RM4.11 billion tahun
ini.
No comments:
Post a Comment