Sejarah keusahawanan Islam telah kita ketahui serba sedikit seterusnya
akan kita singkap sejarah permulaan keusahawanan di Malaysia. Keusahawanan di
Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila penduduk
tempatan menjalankan urusniaga dengan pedagang asing. Tanah Melayu khususnya
Melaka ketika itu menjadi tempat pelabuhan pedagang-pedagang berhenti.
Kemahshurannya di kalangan pedagang luar tidak asing lagi sehingga menimbulkan
minat dikalangan kuasa besar untuk menaklukinya. Dan akhirnya apabila British
berjaya memerintah Tanah Melayu, mereka membawa masuk buruh dari Cina dan India
seterusnya menukarkan struktur sosial sedia ada dengan menjalankan pemerintahan
“Pecah dan Perintah”. Dengan pemecahan ini orang Melayu dikerah bekerja sebagai
pentadbir dan ditempatkan disektor pertanian. Kaum Cina bekerja dilombong dan
berniaga manakala kaum India bekerja disektor perladangan. Hasilnya kaum Cina
lebih kehadapan dalam soal perniagaan berbanding dengan kaum Melayu dan kaum
India.
Selepas kemerdekaan, kerajaan Malaysia menyedari betapa pentingnya bidang
keusahawanan kepada individu, masyarakat dan negara serta mula memikirkan
kepentingan sumbangannya kepada negara. Semenjak dari itu, kerajaan telah
menekankan bidang keusahawanan sehingga hari ini. Dasar Ekonomi Baru
(1971-1990), Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020, semua pihak
menggalakkan dan memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan merupakan
bukti-bukti kerajaan Malaysia mengambil berat akan bidang
keusahawanan.
Selain itu kerajaan menunjukkan galakan terhadap pembangunan keusahawanan
dengan memberikan pengiktirafan kepada usahawan yang menyumbang kepada pembangunan
negara. Pada tahun 1995 kerajaan menubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan
sebagai badan yang mengawal dan mempromosi pembangunan keusahawanana di
Malaysia. Kini, kementerian tersebut telah ditukar kepada kepada Kementerian
Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi. Penggalakkan keusahawanan turut di serap
kepada masyarakat melalui perkenalannya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
baik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan juga Institusi Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS). Suatu program telah dirangka dan dilaksanakan di beberapa
buah IPT di Malaysia. Program ini dinamakan Program Pembudayaan Keusahawanan
Siswa dan mempunyai empat aktiviti utama. Aktiviti pertama merupakan modul
keusahawanan yang diajar untuk semua pelajar tahun satu sebanyak dua jam
kredit. Aktiviti kedua ialah pelajar diminta menganjurkan kursus asas
keusahawanan siswa selama lima hari untuk pelajar tahun akhir. Manakala
aktiviti ketiga ialah Program Pembudayaan Usahawan Siswa (PPUS) tajaan
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD). Aktiviti keempat pula
ialah program Student In Free Enterprise (SIFE) yang bertujuan untuk
menggalakkan siswa menjalankan aktiviti ekonomi dan kemasyarakatan bagi
meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat setempat.
Pembangunan keusahawanan di Malaysia berkembang pesat sepesat pembangunan
negara. Kerajaan berusaha keras dari masa ke masa memberi sokongan dalam bidang
keusahawanan untuk memastikan masyarakat sedar akan kepentingannya iaitu bukan
sahaja dapat menyumbang manfaat kepada pertumbuhan negara bahkan memberi
kebaikkan kepada individu yang terlibat sendiri.
No comments:
Post a Comment