Keusahawanan adalah penting di dalam dunia hari ini.
Ia menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Peranan
keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan setakat meningkatkan kadar per
kapita pengeluaran dan pendapatan. Ia juga melibatkan perubahan kepada struktur
perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini disertai oleh pertumbuhan dan
peningkatan pengeluaran. Satu teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan
inovasi(pembaharuan) adalah kunci utama kepada perkembangan ekonomi di dalam membina
produk atau perkhidmatan baru di dalam pasaran. Aktiviti pembaharuan
(inovasi) juga menjadi pendorong para pemodal (pelabur) untuk melabur di dalam
peluang baru yang dicipta. Keusahawanan melalui proses pembaharuan (inovasi)
mencipta pelaburan baru di dalam dunia perniagaan, di mana ia akan menyebabkan
ekonomi berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar
pengangguran.
Keusahawanan melalui proses kreativiti dan innovasi mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia. Ia menyediakan produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. Di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik, mereka akan mencari kaedah yang lebih baik untuk memaksimakan sumber dan mengurangkan pembaziran. Dengan ini, masyarakat akan mendapat produk (barangan) dan perkhidmatan yang lebih baik pada harga yang lebih murah.
Keusahawanan membantu memperbaiki kehidupan berjuta-juta manusia melalui produk dan perkhidmatan baru yang diperkenalkan kepada pasaran. Keusahawanan adalah individu yang bukan sahaja mencipta kekayaan tetapi turut sama mendorong pembahagian kekayaan.

No comments:
Post a Comment