Menjadi usahawan yang
berjaya ataupun untuk membina sebuah perniagaan yang berjaya adalah satu
perjalanan yang jauh. Jika diumpamakan sebagai satu aktiviti sukan, ia seumpama
menyertai satu pertandingan marathon larian sejauh 20 kilometer.
Antara 10 perkara yang
perlu ada untuk menjadi usahawan berjaya adalah:
1. Ilmu –
Menjadi usahawan berjaya memang susah, ianya menjadi lebih susah seandainya
anda bodoh. Oleh itu kumpulkan ilmu sebanyak mungkin yang mampu digunakan untuk
melaksanakan apa yang anda mahu lakukan. Tak ada alasan sekarang ini untuk
mendapatkan ilmu dengan mudah. Paling baik adalah dengan jadikan tabiaat
membaca sebagai darah daging. Baca buku, baca internet dan belajar daripada
sesiapa saja asalkan ianya perkara baru yang bermanfaat.
2. Semangat –
Walaupun dengan ilmu setinggi mana, tanpa semangat yang tinggi, anda tak akan
kemana. Buatlah apa saja untuk membina semangat. Sertai program untuk
mengaktifkan diri samada berbayar atau percuma. Lebihkan bergerak dan penuhi
masa anda dengan aktiviti positif untuk membina semangat. Orang yang tidak
aktif dan tidak bergerak secara automatik membunuh semangat diri.
3. Kesabaran –
Semangat yang besar mana sekalipun jika tidak disertakan dengan kesabaran akan
hancur berkecai. Melatih kesabaran dapat dilaksanakan dengan mengambil sikap
menghabiskan apa saja yang dilakukan. Tamatkan apa saja yang anda telah mulakan
dan jangan berhenti sekerat jalan. Ingat! apa saja bermakna tidak semestinya
urusan perniagaan sahaja. Anda tak akan tahu tahap kesabaran selagi tidak
mencampak diri dalam ujian. Sabar bukan ada hanya di mulut, tetapi di dalam
segala tindakan kita meneruskan perjalanan tanpa henti.
4. Kepercayaan –
Tanpa kepercayaan, semangat tinggi dan kesabaran akan mati. Dengan menambah
maklumat dari pembacaan dan mendengar serta melihat kejayaan orang lain akan
membina kepercayaan. Oleh itu bina data pekercayaan sebanyak mungkin dalam
minda selagi hayat dikandung badan.
5. Kawan –
Ramai yang tak sedar dengan kelebihan berkawan. Tambah lagi dalam suasana
desakan kehidupan zaman moden ini, ramai yang mengambil sikap meminggirkan
aktiviti berkawan. Kawan adalah antara perkara penting yang perlu ada pada
semua usahawan. Dengan kawan kita kogsikan masalah, kejayaan, peluang dan
lain-lain lagi. Kawan yang baik tidak pernah mengharapkan balasan. Kawan yang
baik sentiasa memberikan ilmu, semangat, dan kepercayaan yang kita perlukan
untuk berjaya.
6. Kenalan –
Dari kenalan kita bina kumpulan kawan baru. Usahawan perlu buang sikap malu dan
malas untuk berkenalan. Jangan terus harap bantuan dari kenalan baru kerana
tujuan berkenalan adalah untuk berkawan. Pastikan aktiviti berkenalan tidak
putus kerana untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dari sekarang kita
perlukan kenalan yang lebih baik daripada yang telah ada.
7. Modal –
Selain dari wang, kemahiran adalah modal yang jauh lebih bernilai daripada wang
ringgit. Malah dengan kemahiran modal akan datang bergolek di depan mata.
8. Idea –
Idea tak akan datang jika otak tidak digunakan untuk berfikir secara kritis.
Luangkan masa berfikir secara sistematik dengan menggunakan pen dan kertas.
Aktiviti berfikir perlu menjadi rutin usahawan sekurang-kurang sejam setiap
hari.
9. Kegagalan –
Kegagalan bukan penamat. Kegagalan hanyalah satu keputusan untuk menilai kaedah
yang telah digunakan sebelum ini untuk pedoman di masa hadapan. Orang yang tidak
pernah gagal sebenarnya tidak pernah melakukan apa-apa. Lebih banyak orang
belajar dari kegagalan daripada kejayaan. Oleh itu bersedia untuk menerima
kegagalan dan terus mencuba dengan kaedah yang berbeza.
10. Kejayaan
kecil – Kejayaan kecil perlu dikumpul sepanjang
masa. Jangan pandang remeh akan semua kejayaan yang sekecil-kecilnya sekalipun
ianya hanyalah sekadar berjaya membantu mengambil pen orang yang terjatuh.
Raikan kejayaan kecil kerana ia membina rekod kepuasan dan keazaman untuk terus
berjaya.
No comments:
Post a Comment