1) Status
·
Status
atau penghormatan diri merupakan elemen penting yang mempengaruhi usahawan.
Usahawan tidak akan dikatakan sebagai seorang yang berjaya sekiranya mereka
tidak mampu mempertingkatkan status kehidupan mereka. Usahawan sebagai satu
kerjaya merupakan lambang status sosial pada masa kini. Seseorang yang
menerajui dan memiliki perniagaan sendiri mempunyai pengaruh dan dihormati
dalam masyarakat.
·
Selain
itu, golongan ini terlibat untuk membangunkan ekonomi negara dan memberi
sumbangan yang besar dalam sektor swasta serta masyarakat dalam pembentukkan
Masyarakat, Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.
·
Taraf
penghidupan yang tinggi dari segi ekonomi contohnya berpendapatan lumayan,
kereta dan rumah mewah juga merupakan aset penarik seseorang untuk menceburi bidang
perniagaan.
2) Keselesaan peribadi
·
Usahawan
lebih suka bertindak untuk menjalankan tugasnya tanpa perlu kongkongan orang
lain. Ini kerana ia merasakan adanya kebebasan yang wajar dari kekuatan atau
ancaman kehilangan dalam urusan seperti keselamatan diri, keselamatan kerja,
kestabilan ekonomi dan sebagainya.
3) Kepuasan diri
·
Usahawan
yang meminati bidang keusahawanan akan sentiasa bekerja keras serta dapat
menguruskan sumber dengan berkesan. Berdasarkan Teori Keperluan Maslow (1970),
kepuasan dan penyempurnaan diri merupakan elemen kelima di mana seseorang
individu itu mahu mencapai kejayaan sebagaimana yang diidamkan.
4) Kenal Orang Lain
·
Jaringan
usahawan merupakan satu perkara yang sangat berkaitan dalam dunia keusahawanan.
Dalam rnembangunkan perniagaan, usahawan seharusnya memaharni jaringan usahawan
antara diri sendiri dengan sumber-sumber manusia disekeliling perniagaan
mereka. Datam rnasa yang sama juga usahawan perlu memahami jenis hubungan dan
sifat-sifat hubungan berkenaan agar ia dapat digunakan sebagai kelebihan
strategi bagi menghadapi persaingan sengit dalam dunia perniagaan hari ini.
Jaringan usahawan itu sendiri merupakan surnber bagi ketebihan kompetitf mapan.
5) Keperluan akan pencapaian
·
Usahawan
akan dianggap berjaya apabila keinginan, matlamat dan objektif penceburan diri
mereka dalam bidang keusahawanan berjaya dicapai sebagaimana yang telah
dirancangkan.
6) Kuasa
·
Teori
Hierarki Keperluan yang diperkenalkan oleh McClelland (1961) menyatakan bahawa
manusia membentuk profil keperluan menerusi pengalaman hidup yang lalu.
Keperluan kuasa ini ialah keinginan untuk mengawal orang lain, mempengaruhi
gelagat individu atau bertanggungjawab ke atas orang lain.
7) Perkongsian Idea
·
Penggabungan
banyak idea terutamanya pada peringkat awal keusahawanan. Keupayaan berfikir
daripada idea rakan kongsi yang banyak dapat memberi kelebihan keyakinan kepada
perniagaan untuk berhadapan dengan pesaing-pesaing yang sedia ada dalam
pasaran. Idea bernas yang pelbagai mendorong usahawan.
8) Keselamatan
·
Usahawan
lebih suka bertindak untuk menjalankan tugasnya tanpa perlu kongkongan orang
lain. Ini kerana ia merasakan adanya kebebasan yang wajar dari kekuatan atau
ancaman kehilangan dalam urusan seperti keselamatan diri, keselamatan kerja,
kestabilan ekonomi dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment