Monday, 13 October 2014

Sebab-sebab Pemilihan Tokoh-tokoh

1. Tan Sri Anthony Francis Fernandes

Beliau merupakan seorang yang tidak putus asa. Beliau meempunyai inovasi dan kreativiti yang tinggi. Belaiu berkemampuan menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara yang bijak.Beliau peka terhadap permintaan pelanggan.


2. Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar

Beliau merupakan seorang yang serderhana.. Beliau mempunyai banyak sifat-sifat terpuji..Beliau merupakan seorang yang berusaha gigih dan tidak putus asa. Beliau merupakan seorang rolemodel yang perlu dicontohi. 

Usahawan Berjaya

2. Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar

Latar belakang
Tan Sri Mustapha adalah seorang bekas penuntut Universiti Malaya dalam jurusan Sejarah. Selepas menamatkan pengajian dari Universiti Malaya pada tahun 1970, beliau telah memulakan kerjaya dalam perkhidmatan Kerajaan di Pejabat Daerah dan Tanah Selangor sebagai Penolong Pegawai Daerah sehingga dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah & Galian Selangor. Kemudian beliau beralih ke sektor swasta di mana beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Shah Alam Properties Sdn. Bhd.

Pada peringkat kerjaya inilah beliau mula memperkukuhkan pelbagai kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kecekapan yang diperlukan dalam pembangunan hartanah sehingga beliau mempunyai keyakinan sepenuhnya untuk memulakan usaha perniagaan sendiri. Ini telah mendorong beliau menubuhkan Kumpulan Syarikat EMKAY pada tahun 1983.

Berbekalkan pengalaman sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah dan Galian serta pengalaman selama kira-kira 21 tahun dalam industri pembangunan hartanah, Tan Sri Datuk Hj Mustapha Kamal dikenali sebagai seorang Pengerusi Eksekutif yang aktif dan praktikal, dalam menyelia dan menentukan sendiri hala tuju operasi Kumpulan dengan merangka wawasan serta matlamat, pada masa yang sama, mencurahkan pengetahuan luas yang beliau miliki dalam industri kepada kakitangannya.

Tan Sri juga banyak memberi sumbangan kepada industri hartanah tempatan dan antarabangsa. Antara lain, beliau adalah Pengarah South-South Corporation Berhad(MASSCORP) ahli jawatankuasa Eksekutif Persatuan Selatan-Selatan Malaysia (MASSA) dan Penyelaras Negara bagi Afrika. Pada 15 Mac 2004, Tan Sri telah dianugerahkan dengan pengiktirafan “Professor Adjung” oleh Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Beliau juga menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana.

Latar Belakang Perniagaan
Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar adalah Pengerusi Eksekutif, MK Land Holdings Berhad, iaitu syarikat pembangunan hartanah yang ditubuhkan pada 2 Ogos 1978 dan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 8 Jun 1992.

Asalnya, MK Land Holdings Berhad dikenali sebagai Perfect Food Industries Sdn. Bhd. yang melibatkan diri dalam pembuatan dan penjualan biskut dan bahan makanan melalui kilang mereka di Melaka. Selepas penyenaraiannya di BSKL, ia dikenali sebagai Perfect Food Industries Berhad dan akhir sekali, namanya ditukar kepada MK Land Holdings Berhad pada 27 Ogos 1999.

Namun, pada bulan Jun 2003, MK Land Holdings Berhad menjual semua sahamnya dalam Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd, Markins Corporations Sdn Bhd dan Fairway Review Sdn Bhd dengan harga RM6,739,674. Ini adalah kerana Tan Sri Mustapha bercadang mahu menumpukan perniagaan syarikatnya pada pembangunan hartanah dan pelaburan.

Beliau berjaya membawa status MKland selaku syarikat pengurusan Hartanah yg berjaya membangunkan kawasan-kawasan yg dahulunya agak terpencil dan tidak mendapat perhatian kepada kawasan elit yg lengkap dengan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi seperti kawasan Damansara Perdana, Cyberjaya. MKland juga terlibat dalam industri perhotelan dan tempat peranginan seperti Bukit Merah Laketown resort dan Langkawi Lagoon.

Beliau berani memulakan sesuatu yg baru dengan mengetengahkan cara hidup “e-lifestyle township” yg moden dan berteknologi tinggi di kawasan perumahan dibawah syarikat MKland. Bekas graduan Universiti Malaya ini berjaya meletakkan namanya didalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia membuktikan kejayaan beliau dalam bidang hartanah

Projek-projek besar MK Land Holdings Berhad
Di bawah kepimpinan Tan Sri Mustapha, MK Land Holdings Berhad melibatkan diri dalam banyak projek. projek perumahan Damansara Perdana dan Damansara Damai, kedua-duanya di Petaling Jaya. Projek itu, dengan lokasinya yang strategik, iaitu dalam Segi tiga Emas Petaling Jaya. Kawasan itu kini muncul sebagai pusat membeli belah, fesyen, makanan dan hiburan dengan pusat membeli belah seperti One Utama, IKEA, Tesco, The Curve dan Cathay Cineleisure.

Selain itu, Taman Bunga Raya di kawasan Bukit Beruntung iaitu bernilai RM840 juta, projek perumahan Cyberia di Cyberjaya, projek Bukit Merah Laketown Resort di Taiping, Perak iaitu bernilai RM3 bilion dan Langkawi Lagoon.

Subsidiari dan syarikat bersekutu MK Land Holdings Berhad

BML Management Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam perniagaan perkhidmatan penyelenggaraan harta.

Bukit Merah Resort Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam operasi hotel, tempat peranginan dan taman tema air.

Dominant Star Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah, operasi hotel dan pelaburan.

Fairview Review Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah.

Golden Precinct Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam penyewaan dan penyelenggaraan hartanah.

MK Land Resources Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pengurusan hartanah dan pelaburan.

MK Land Ventures Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pelaburan dan urus niaga hartanah.

MK Development Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pelaburan dan urus niaga hartanah.

Prominent Valley Berhad, subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam operasi padang golf.

Pujaan Pastik Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam operasi hotel.

Segi Objective (M) Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah, hotel, tempat peranginan dan taman tema air.

Sumbangan Berkat Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam menguruskan hotel.

Tema Teladan Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah, operasi hotel dan pelaburan.

Vibrant Leisure Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah.

Zaman Teladan Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah.

Markins International (HK) Ltd., syarikat bersekutu MK Land Holdings Berhad dengan 14 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pengedaran bahan makanan.

Melur Unggul Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pengurusan hartanah.


Anugerah
Tan Sri telah diberikan beberapa anugerah sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar yang beliau curahkan sepanjang tempoh kerjaya beliau yang cemerlang. Antaranya, Anugerah Usahawan Cemerlang Selangor pada tahun 1995 oleh Dewan Perniagaan Melayu Selangor; FIABCI Property Man of The Year Award 1997 serta Anugerah Personaliti Cemerlang Industri Pembangunan Tahun 2001 daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia.

Beliau juga telah menerima Anugerah Fellowship DPMMKL 2002 daripada D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Agong dan Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah 2003 daripada Raja Muda Perak. Tan Sri juga telah dicalonkan untuk menerima Ernst & Young Entrepreneur Award 2002 dalam Kategori ‘Master Enterpreneur’. Tan Sri adalah bapa mertua kepada En Vernon Azhar Edmett bin Bryan Allen Edmett, seorang pengarah dalam Syarikat.

Usahawan Berjaya

1. Tan Sri Anthony Francis Fernandes
Tan Sri Anthony Francis Fernandes dilahirkan pada 30 April 1964 di Kuala Lumpur.Kini beliau berusia umur 47 tahun.Bapanya bernama Stephen Edward Fernandes manakala ibunya bernama Ena Dorothy Fernandez. Pada usia muda, Tony selalu mengikuti ibunya seorang pengusaha kepada pihak peniaga Tupperware dan konvensyen.Beliau mendapat pendidikan di Epsom College 1977hingga1983 dan kemudian lulus dari London School of Economics pada tahun 1987. Beliau bekerja sebentar dengan Virgin Atlantic sebagai seorang juruaudit, kemudiannya menjadi pengawal kewangan untuk Rekod Virgin Richard Branson di London dari 1987 hingga 1989.

Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang". Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang sakit kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang. Fernandes juga dikenali untuk peranannya dalam pencapaian Persetujuan-persetujuan Langit Terbuka dengan negara Thailand, Indonesia dan Singapura, apabila dia meminta bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian pada pertengahan tahun 2003. Atas permintaan tersebut, negara-negara tersebut telah bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.


Sekembalinya  ke Malaysia beliau dilantik sebagai pengarah urusan Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.  Sewaktu bertugas di syarikat ini beliau berjaya mencetus suatu  ‘revolusi’ dalam muzik etnik, nasyid dan dangdut kedalam arus perdana muzik tanah air. Beliau berkhidmat dalam kumpulan ini dari 1992 sehingga 2001, akhir sekali memegang jawatan vice  presiden kumpulan  bagi kawasan Asia Tenggara.


Air Asia

Apa yang amat menarik tentang biografi Dato’ Tony ialah penglibatan beliau sebagai penggerak utama dalam penubuhan dan operasi  Air Asia,  syarikat penerbangan tambang murah yang paling berjaya di Asia. Bermula dengan dua buah kapal terbang Boeing 737  yang  usang tatkala masih dimiliki kerajaan, kini kumpulan  Air Asia yang diterajui Tony Fernandes sejak tahun 2001  telah maju dari setapak ke setapak sehingga kini memiliki 62 buah kapal terbang dalam perkhidmatan dan 277 buah lagi dalam pesanan. Setelah kesemua kapal terbang ini beroperasi nanti, ini mungkin menjadikan kumpulan penerbangan Air Asia sebagai kumpulan penerbangan tambang murah yang tebesar di dunia.

Kini kumpulan Air Asia berkhidmat melalui  142 laluan dan 78 destinasi  dengan sejumlah 400 penerbangan sehari  di Asia, dan juga ke Australia dan Eropah. Dalam tahun 2011,  Air Asia telah menerbangkan sejumlah 30 juta penumpang dari pelbagai negara.

Jatidiri Tony Fernandes

Kejayaan luar biasa  selalunya  di hasilkan oleh seseorang yang juga  mempunyai peribadi yang luar biasa yang membantu dalam  setiap langkah  yang dilalui. Pertama  sekali ialah wujudnya minat untuk berniaga yang perlu untuk mendorong seseorang kearah itu. Dalam diri Tony Fernandes,  beliau banyak dipengaruhi oleh ibu beliau yang aktif dalam menjual tupperware ke serata tanah air. Bagi  Tony, ibu beliau adalah seorang wanita yang mengkagumkan kerana kemampuannya  yang luar biasa dalam menjual barangan   kepada sesiapa sahaja. Justeru itu beliau banyak belajar dari peribadi ibu beliau yang ternyata begitu penting dikala mengharungi  alam perniagaan.

Bapa beliau, Dr Stephen Edward Fernandes, sebaliknya amat berbeza daripada peribadi ibunya. Dr. Fernandes  memiliki sebuah klinik, tetapi tanpa keuntungan kerana terlalu bermurah  hati kepada setiap pesakit sehingga kerap kali memberi perkhidmatan dan  ubat secara percuma. Tony  sungguh tidak terpikat dengan cara cara bapa beliau berniaga.

Pada sekilas pandang memang  ada ciri ciri yang serupa  diantara  Tony dengan ayah beliau. Jika ayah beliau memberi keistimewaan kepada pesakit yang miskin, Tony juga memberi fokus kepada rakyat yang kurang mampu untuk membeli tiket penerbangan biasa. Tetapi bezanya, jika ayah beliau membantu pesakit dengan tujuan mengurangkan bebanan mereka, sehingga mengorbankan keuntungan, Tonya juga membantu rakyat yang tidak mampu membeli tiket kapal terbang, tetapi beliau tetap  terikat dengan prinsip perniagaan berasas keuntungan  dan lestari ( berkekalan).

Kemampuan beliau berkomunikasi, mempengaruhi orang  dan semangat yang kental amat mengkagumkan dan merupakan satu ciri yang diwarisi dari ibu beliau.  Selain itu zaman persekolahan dalam usia yang sangat muda (umur 13 tahun) di sekolah berasrama di England, juga memberi kesan yang mendalam  kepada peribadi beliau. Di sana, berjauhan dari keluarga dan kampung halaman, membentuk nilai teras  dalam peribadi beliau, terutama kemampuan berkomunikasi dan berdikari dalam apa jua suasana.

Ibu beliau meninggal sewaktu Tony hanya berusia 15 tahun meninggal kesan yang mendalam kepada beliau. Ia meninggalkan kekosongan dalam hidup dan membantu dalam membentuk peribadi yang cekal dan  mampu berdikari di mana sahaja.

Jika di lihat dari segi kecenderungan usahawan mengambil risiko, Tony adalah contoh yang amat ekstrim. Beliau adalah seorang yang nampaknya hyperactivebegitu fokus dalam melaksanakan perkara yang beliau minati, sehingga sanggup menggadai apa sahaja yang beliau miliki walaupun masih jauh daripada mencukupi sebagai modal syarikat.  Mungkin ini bukan suatu perkara yang menghairankan, jika yang diminati  itu matlamat yang biasa, tetapi untuk memiliki sebuah syarikat penerbangan sudah tentu bukanlah sesuatu dalam jangkaan untuk seorang yang tidak  memiliki modal yang cukup dan hanya berbekalkan minat dan semangat yang kental.

Sungguhpun demikian adalah kurang tepat menyatakan yang Tony bersikapreckless dalam membuat sesuatu pertimbangan kerana beliau tetap mementingkan soal keuntungan. Malah beliau  amat yakin  kepada soal potensi pertumbuhan yang tinggi dalam industri penerbangan di Asia sebelum menceburi sektor tersebut.

Bagi menentukan kejayaan,   sikap beliau yang fokus  kepada sesuatu projek adalah suatu ciri yang tepat dan dapat membantu mengurangkan risiko.  Beliau berkata, ” Saya bukanlah seseorang yang suka memulakan dua puluh benda dan  kemudian berharap tiga akan berjaya. Saya lebih berminat memulakan dua atau tiga dan tentukan ia berjaya, kemudian laksanakan usaha usaha seterusnya”. Sikap ini biasa kita nampak ada pada usahawan terkemuka seperti Tan Sri Syed Mokhtar, Mydin, Tan Sri Azman Hashim,  Tan Sri Teh Hong Piow  di tanah air kita dan usahawan usahawan seperti pengasas Microsoft,  Apple, Facebook, Ford Motor Company, Honda Motors dan banyak lagi di arena global.

Cara cara Tony menempuhi Halangan

Kemampuan berkomunikasi timbul daripada personaliti yang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi yang di asah semasa belajar dan berkhidmat di England dan di Kuala Lumpur. Selain itu beliau juga menunjukkan sikap minima  ego dan bersedia forgive and forget yang membolehkan beliau membuat pertimbang yang terbaik untuk syarikat dalam sesuatu waktu.  Misalnya dalam berurusan dengan Kerajaan Singapura untuk mendapat kebenaran mendarat di sana beliau telah berhadapan dengan rintangan demi rintangan  yang berlarutan, yang biasanya melunturkan semangat orang biasa. Walaupun demikian beliau masih  boleh lagi berinteraksi dengan pegawai pegawai kerajaan Singapura dengan baik, sambil  menganggap detik detik pahit yang dilalui  hanya sebagai cabaran dalam mengembangkan laluan Air Asia. Kini Air Asia mengadakan 26 penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Singapura sehari.

Sebelum itu, cabaran yang pertama beliau lalui timbul dari sikap masyarakat perniagaan Malaysia sendiri yang  bersikap sinikal terhadap rancangan beliau menubuhkan syarikat penerbangan. Perkara ini tidak melunturkan semangat beliau, malah dengan pantas, melalui Dato’ Pahamin Rajab, belia berjaya meyakinkan Tun Mahathir, Perdana Menteri ketika itu, untuk meluluskan rancangan beliau, mulai dengan cara mengambil alih syarikat penerbangan  Air Asia, sebuah syarikat yang nyata gagal dan dimiliki oleh kerajaan.

Setelah mulai berjaya dengan syarikat Air Asia, beliau mengalih fokus untuk menjadikan Lapangan Terbang Subang sebagai hub penerbangan tambang murah di rantau Asean. Beliau tahu ini satu perkara yang amat sukar diterima kerajaan kerana negara perlu mengukuhkan kedudukan KLIA yang baharu sahaja siap diketika itu. Tetapi Tony never takes no for an answer. Beliau menggunakan media massa untuk mempengaruhi masyarakat dan kerajaan. Akhirnya kerajaan bertegas menolak cadangan Air Asia demi kepentingan negara, tetapi dalam proses ini Tony berjaya mendapat laluan laluan udara yang baru serta mendapat LCCT yang baru di KLIA dengan kadar tariff yang berdiskaun. Ini  membantu Air Asia mengukuhkan daya saing  ketika berhadapan dengan Malaysia  Airlines dan syarikat syarikat penerbangan yang lain.

Demikian juga Tony menempuhi beberapa cabaran dalam usaha mendapat hak mendarat di lapangan terbangan Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan banyak lagi  sama ada di Asia ataupun  atau benua benua lain. Namun nampaknya pengalaman di Singapuralah yang paling mencabar.

Mengikut buku The Air Asia Story ditulis oleh Sen Ze dan Jayne Ng, bagi Tony, kualiti seorang Usahawan yang paling penting ialah kecekalan atau dalam Bahasa Inggerisnya willing to never take no for an answer. Bagi Tony, “Berpeganglah dengan keyakinan anda. Jika anda terlalu mendengar kata orang lain, anda tidak mungkin dapat memulakan sesuatu. Sebab itulah  mereka  tidak menjadi usahawan. Orang yang memberi nasihat itu bukanlah usahawan. Jika tidak, sudah tentu mereka melaksanakan sendiri. Kita hanya perlu yakin dan laksanakannya”

Akhir sekali, anda  jangan lupa peranan pendidikan dalam membantu Tony dalam menjayakan kerjayanya. Beliau adalah seorang Fellow Member of Association of Chartered and Certified Accountants (ACCA) dan berkelulusan dari London School of Economic.

Sejarah penubuhan AirAsia diceritakan oleh Tony Fernandes

SIAPA YANG MULA-MULA TERLIBAT?
Saya dan Kamaruddin berdua pada mulanya, Kamaruddin saya kenal melalui Roslan Aziz, dulu saya bekerja dalam industri hiburan, bila saya balik (dari England) tidak ada musik tempatan, hanya ‘Mat Saleh musik’.

Kami mulakan musik tempatan, dengan Jamal Abdillah, Salem, dan Zainal Abidin, saya kenal dengan Roslan Aziz dan Roslan perkenalkan saya dengan Kamarudin.

Sampai satu hari saya jemu berkerja dengan orang asing, saya terfikir hendak buka syarikat penerbangan, dan Kamarudin adalah orang yang tidak ketawa dengan idea saya.

Dia orang yang terlibat dengan dunia kewangan. Jadi saya beritahu, boleh pergi cari RM20 juta, kita perlukan.

KENAPA PILIH SYARIKAT PENERBANGAN?
Bila saya bersekolah di England, ayah saya hantar saya ke sana ketika berusia 12 tahun, tidak ada siapa yang menunggu di lapangan terbang, saya perlu menaiki bas ke sekolah itu, saya lakukan sendiri. Dan bayangkan ketika itu, bila saya sampai ke lapangan terbang, semua orang berkulit putih… kah kah kah (ketawa).

Ketika itu tidak ada telefon bimbit, perlu guna telefon awam, saya telefon emak tanya, boleh saya balik masa cuti penggal, emak saya kata, tidak boleh kerana (tiket penerbangan) terlalu mahal.

Dari saat itulah, saya terfikir, satu hari perlu buat penerbangan murah, perkara itu sentiasa ada dalam fikiran saya.

Ibu saya ketika muda memulakan perniagaan Tupperware di Malaysia, banyak staf saya kini adalah bekas pekerja ibu saya.

Saya selalu ikut dia terbang ke sana-sini untuk perniagaannya, jadi konsep penerbangan tambang murah ini sentiasa bermain di fikiran.

Bila saya berhenti dari Warner Music, saya duduk di bar dan lihat iklan Easyjet (syarikat penerbangan murah England) dan saya terfikir wow, idea ini bagus.

Kemudian saya pergi ke lapangan terbang Luton, sunguh mempersonakan, boleh terbang ke Barcelona tambah lapan pound, ke Paris 10 pound.

Saya jumpa Kamarudin dan beritahu hendak buka syarikat penerbangan, dia tak kata ‘idea bodoh’ atau seumpamanya, dia kata okay.

Kami jumpa, saya terangkan kepadanya, dia kata, okay, saya join, dan kemudian tanya, apakah saya nak gunakan duit saya sendiri, saya kata ya, dia kata okay, saya setuju kita bahagi 50-50, saya kata ini idea saya bagilah saya 51, dia kata okay. Selesai.

Kemudian saya ajak Aziz Bakar sertai kami, kami bertiga dengan modal RM 1 juta, (Aziz tak letak duit). Kami mula duduk bersama, dan mula buat bisnes plan.

Ia agak mengejutkan sebab kami semua tidak ada pengalaman dalam dunia penerbangan. Kami dapat dari internet.

Kemudian, kami jumpa dengan Datuk Pahamin (Ab Rajab) (bekas Ketua Pengarah Jabatah Pengangkutan Jalan) kami pernah berkerjasama hapuskan cetak rompak ketika saya masih dalam industri hiburan.

Kami jumpa (bertiga) dan makan roti canai, kemudian Aziz buka cerita, “eh macam mana kita hendak dapat lesen penerbangan? “ Kami semua saling berpandangan, “Yalah macam mana hendak dapat lesan penerbangan..” sudah tentu tak boleh dibeli di kedai… kah kah kah (ketawa)

Kemudian Kamaruddin kata “Kita perlukan sokongan politik,” sekali lagi kami saling berpandangan… kami tak kenal siapapun… kah kah kah

Kami kemudian pergi jumpa Datuk Pahamin, terangkan kepadanya, dia suka idea itu dan setuju, dia ada pengalaman dalam Kementerian Pengangkutan, bila timbul soal lesen, dia kata, kita perlu berjumpa Perdana Menteri Dr Mahathir.

Jun 2001, kami bertiga saya, Aziz dan Pahamin, Kamarudin tidak dapat sertai.

Saya sampai awal, ketika sampai, pagar pun belum buka, tidak lama kemudian, bila boleh masuk, kami duduk menunggu sampai ada orang datang, mereka kenal Aziz, dan tanya “Jumpa PM sebab cetak rompak ke?” kah kah kah

Semua orang kenal kami sebagai orang dalam industri hiburan, tapi Aziz kata “Tidak kami mahu buka syarikat penerbangan,” “semua ketawa” kah kah kah.

Semasa kami menunggu, ada pegawai PM beritahu, hari ini bukanlah hari yang baik untuk bertemu PM, saya tanya mengapa, katanya, temujanji pertama PM hari itu adalah dengan pembangkang.

Ia berhubung isu sakit belakang Anwar Ibrahim yang dipenjara ketika itu, yang hadir jumpa PM termasuk ketua pembangkang Datuk Fadzil Noor.

Saya diam, kemudian diberitahu, temujanji kedua PM hari itu adalah dengan MAS, wah lengkap, mula-mula pembangkang kemudian dengan MAS, kamu bayangkan…kah kah kah (ketawa)

Saya terfikir hendak tulis semula CV dan pergi ke BMG Music… hahaha

Ketika beliau masuk ke pejabat PM, luas sungguh, Dr Mahathir kamu tahulah, dia serius orangnya dan terus berkata, “I’m sick, make it fast,”.

Saya terfikir, mula-mula pembangkang, kemudian MAS dan kini PM kata dia tidak sihat. Hahaha, lengkap.

Saya fikir habislah, saya tidak bercakap soal cadangan kami lagi, sebaliknya, sebagai orang dari industri hiburan, saya beri PM satu CD album terbaru SM Salim dan Siti Nurhaliza, rakaman terakhir saya, saya tahu PM peminat SM Salim.

Bila hilang kekok, baru saya bentangkan cadangan saya, Dr Mahathir tidak kata apa-apa, dia hanya senyum sikit bila saya bergurau tentang Singapura, tetapi akhirnya, kami semua terkejut, kerana PM tahu semuanya tentang penerbangan tambang murah.

PM kata dia suka lihat kesungguhan kami, walaupun latar belakang kami bukan dari industri penerbangan, tapi kami menunjukkan kesunguhan, dan dia yakin akan berjaya.

PM akhirnya kata, “Saya tidak ada masalah dengan idea kamu…” kami semua teruja dengan komen dia untuk setengah minit, dan kemudianya dia kata “Tapi… kamu kena ambil alih syarikat penerbangan yang ada, ada dua syarikat penerbangan yang gagal, kamu kena ambil alih yang sudah ada…”

Pertemuan berakhir, kami keluar dan berfikir, duit ada sejuta sahaja, macam mana hendak beli syarikat penerbangan, tapi saya positif.

Kami pergi ke Pelangi Air, anak syarikat milik kerajaan Terengganu, tapi kami dapati sukar untuk baik pulih syarikat itu.

Entah bagaimana, satu hari saya sedang bermain golf saya terlihat kawan lama DRB Hicom, saya teringat tentang Air Asia kepunyaan mereka, saya tanya kepadanya, dia soal semua, “kamu mahu membelinya? Esok pun boleh…kami tidak mahukannya”

Kemudian kami atur pertemuan dengan pihak pengurusan tertinggi DRB Hicom, konsisten, mereka mahu jualnya, mereka tanya saya berapa saya hendak beli, saya bergurau RM1, ya kata mereka esok kamu boleh ambil alih.

(Nota: Ketika itu Air Asia ada hutang sebayang RM40 juta, dengan dua pesawat dan 254 kakitangan)

Kami setuju dan tandatangan perjanjian pada 8 september 2001, 10 tahun dulu.

Kami tiada modal, saya dan Kamaruddin cagarkan rumah kami pada bank untuk cari modal.

DRB Hicom banyak membantu kami diperingkat permulaan, saya perlu nyatakannya.

Kami syarikat penerbangan berlandaskan syariah sebenarnya. Kami satu-satunya penerbangan yang tidak menjual alkohol di rantau ini.

(Ahmad Faizul) ini antara paling awal sertai kami. Dia buat macam-macam tugas, pengurus kabin crew dan lain-lain. Dia dari MAS, sekarang dia jaga komunikasi saya.

Dia bacth yang ke lapan, satu sampai tujuh staf asal ketika bersama DRB Hicom lagi, dia yang ke lapan, dan kini kami ada 127 bacth dalam masa sepuluh tahun.

Saya ingin tekankan bahawa, kami syarikat 1Malaysia dari awal lagi, dan kami juga syarikat bumiputera, ini bukan Ali-baba, Kamaruddin, Aziz Bakar dan Datuk Pahamin adalah pemegang saham yang aktif dan kami kawan.

Kalau kamu lihat Pegurus Kanan Air Asia kamu dapati ramai bumiputera, tapi tidak pernah terfikirkannya, dan kami tidak bercakap soal kaum di sini, semua dinilai kerana merit masing-masing.

Majoriti staf adalah bumiputera. Pembahagian tugasnya mudah, Kamarudin jaga kewangan dan korporat, Aziz Bakar jaga PR, dan saya jaga marketing dan operasi.

LALUAN PENERBANGAN PERTAMA AIRASIA?
Memula-mula saya dapat laluan ke Langkawi, kemudian dapat Pulau Pinang dan selepas dua tahun kami beroperasi semuanya jadi lebih mudah. Pada kami orang ramai, rakyat yang banyak membantu kami.

Kerana sebelum itu sukar untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan (mahal). Orang ramai yang berjuang untuk kami. Sebenarnya orang pertama yang membantu kami dari segi media adalah Rocky Bru (Ahtirudin Atan) dan NST.

Dia adalah editor Malay Mail, saya duduk dengan beliau, dan beliau banyak membantu, juga Utusan dan Berita Harian, Datuk Manja Ismail. Aziz Bakar kenal mereka ini semua.

BAGAIMANA ANDA MEMBINA AIRASIA?
Kami membina jenama, tidak ada syarikat Malaysia yang melabur seperti kami, kami taja MU, pengadil, Formula 1, LA Rangers, kamu tidak boleh pergi dari 200,000 penumpang kepada 30 juta penumpang tanpa melabur.

MAS perlu membina jenamanya.Taja golf atau apa saja, Emirates ada di mana-mana. Kamu potong kos di sana sini, dan akhirnya kamu tiada keuntungan, tiada gunanya.

Syarikat Malaysia kurang pentingkan pembangunan jenama, kami sebaliknya, saya ke Liga Perdana Inggeris, bentangkan kepada mereka mengapa perlu menyokong syarikat Malaysia.

Ini kerana rakyat Malaysia sudah menonton Liga Perdana Inggeris sejak 60 tahun dulu.

Membina jenama adalah amat penting pada syarikat yang ingin berkembang, ketika kami menaja MU, saya dan Kamarudin ke Old Trafford, kami tidak menonton perlawanan, kami menonton papan iklan… hahaha wow Air Asia.. haha.

Kami bawa pasukan MU dalam penerbangan kami. Itulah kali pertama semua pemain hendak ikut serta dalam program bersama penaja, kerana apa? Kerana ada 25 gadis cantik (kabin krew Air Asia) yang melayan mereka sepanjang penerbangan… 

Sumber AgendaDaily

Kepentingan Bidang Keusahawanan

 Keusahawanan adalah penting di dalam dunia hari ini. Ia menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Peranan keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan setakat meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan. Ia juga melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini  disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran. Satu teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi(pembaharuan) adalah kunci utama kepada perkembangan ekonomi di dalam membina produk atau perkhidmatan baru di dalam pasaran. Aktiviti  pembaharuan (inovasi) juga menjadi pendorong para pemodal (pelabur) untuk melabur di dalam peluang baru yang dicipta. Keusahawanan melalui proses pembaharuan (inovasi) mencipta pelaburan baru di dalam dunia perniagaan, di mana ia akan menyebabkan ekonomi berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar pengangguran.

 Keusahawanan melalui proses kreativiti dan innovasi mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia. Ia menyediakan produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. Di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik, mereka akan mencari kaedah yang lebih baik untuk memaksimakan sumber dan mengurangkan pembaziran. Dengan ini, masyarakat akan mendapat produk (barangan) dan perkhidmatan yang lebih baik pada harga yang lebih murah.

 Keusahawanan membantu memperbaiki kehidupan berjuta-juta manusia melalui produk dan perkhidmatan baru yang diperkenalkan kepada pasaran. Keusahawanan adalah individu yang bukan sahaja mencipta kekayaan tetapi turut sama mendorong pembahagian kekayaan.

Keusahawanan Sosial

Keusahawanan Sosial (Social Entrepreneurship) akhir-akhir ini menjadi semakin popular terutama selepas salah seorang tokohnya Dr. Muhammad Yunus, pengasas Grameen Bank di Bangladesh dianugerahi Nobel untuk perdamaian tahun 2006. Namun di Malaysia sendiri kegiatan ini masih belum mendapat perhatian yang menyeluruh daripada kerajaan dan para tokoh masyarakat kerana belum ada kejayaan yang menonjol secara nasional.

Sesungguhnya Social Entrepreneurship sudah dikenali ratusan tahun yang terdahulu antara lain oleh Florence Nightingale (pengasas sekolah jururawat pertama) dan Robert Owen (pengasas koperasi). Apakah Social Entrepreneurship sendiri berkembang sejak tahun 1980-an yang dimulakan oleh para tokoh-tokoh seperti Rosabeth Moss Kanter, Bill Drayton, Charles Leadbeater dan Profesor Daniel Bell daripada Universiti Harvard yang berjaya dalam kegiatan Social Entrepreneurship kerana sejak tahun 1980 berjaya membentuk 60 pertubuhan yang tersebar diseluruh dunia.

Apakah sederhana daripada Social Entrepreneur adalah seseorang yang memahami permasalahan sosial dan menggunakan kemampuan entrepreneurship untuk melakukan perubahan sosial (social change), terutamanya meliputi bidang kesejahteraan (welfare), pendidikan dan kesihatan (healthcare) . Jika business entrepreneurs mengukur keberkesanan prestasi kewangan (keuntungan ataupun pendapatan) maka social entrepreneur kejayaannya diukur dari manfaat yang dirasakan oleh masyarakat.

Bagi mendisiplinkan ilmu ekonomi perkataan entrepreneur merupakan darah daging sejak semester pertama sudah diperkenalkan dengan tokoh-tokohnya antara lain Richard Cantillon (1755), JB Say (1803) dan J. Schumpeter (1934). Cantillon menyatakan entrepreneur sebagai seseorang yang menguruskan syarikat atau usaha berdasarkan keupayaan dalam menghadapi risiko yang berkaitan (a person who undertakes and operates a new enterprise or venture and assumes some accountability for inherent risks);

JBSay memberikan pengertian entrepreneur sebagai seseorang yang mampu meningkatkan nilai sumber ekonomi ke tahap yang lebih tinggi, baik produktiviti mahupun nilainya (a person who creates value by shifting economic resources out of an area of lower and into an area of higher productivity and greater yield), sedangkan Schumpeter mentakrifkan "unternehmer" atau entrepreneur sebagai an innovative force for economic progress, important in the process of creative destruction and therefore as a change agent.

Dari berbagai pengertian tersebut maka Social Entrepreneur sesungguhnya adalah agen perubahan (change agent) yang mampu untuk :

1.      Melaksanakan cita-cita mengubah dan memperbaiki nilai-nilai sosial

2.      Mencari peluang untuk melakukan perubahan yang terus menerus

3.      Sentiasa melibatkan diri dalam proses inovasi, adaptasi, pembelajaran yang dihadapinya

4.      Bertindak tanpa menghiraukan hambatan atau keterbatasan

5.  Memiliki akauntabiliti dalam mempertanggungjawabkan keputusan yang dicapainya kepada masyarakat

Dhanin Chearavanont adalah individu nombor 1 terkaya di Asia Tenggara dengan nilai kekayaan lebih USD14 Billion. Beliau kini berusia 73 tahun dan mempunyai 5 anak. Memegang jawatan sebagai Chairman & CEO, Charoen Pokphand Group, beliau menjalankan bermacam rangkaian perniagaan terutamanya didalam bidang makanan.Melalui Kumpulan perniagaannya yang juga dikenali sebagai Kumpulan CP (CP Group), kini berbangga sebagai pengeluar agrikultur, beras terbesar dunia dan pengeksport makanan haiwan, penternak udang, itik serta ayam terbesar  di pasaran global.

Kumpulan CP bermula sebagai perniagaan benih kecil, bernama Chia Tai di Bangkok yang diasaskan oleh bapanya dan bapa saudaranya pada tahun 1921. Beliau banyak mendapat bimbingan dan ajaran dari mereka berdua. Semasa muda beliau memperhatikan cara bapanya berniaga.Prinsip penting yang diamalkan ialah jangan sesekali mengabaikan kualiti produk, dan manfaat para peladang (pelanggan) dan mesti setia kepada pelanggan serta pembekal.Ini dibuktikan dengan setiap produk bungkusan benih, bapanya akan melekatkan pelekat tarikh luput. Sekiranya produk yang dibeli pelanggan atau peladang sudah tamat tempoh, produk tadi akan diganti semula dengan produk baru secara percuma.

Akibat terbebani hutang, Dhanin Chearavanont tergeser dari posisi orang terkaya di Thailand yang telah disandangnya selama 4 tahun berturut-turut. Kali ini, Dhanin menduduki peringkat kedua orang terkaya di Thailand. Di tahun 2013, dia telah mengakuisisi perusahaan asuransi asal China, Ping An sebesar US$ 16 miliar. Kekayaan Dhanin turun sebesar US$ 1,1 miliar karena penurunan harga saham Ping An yang dijadikan jaminan atas utang-utangnya.
Selain itu, perusahaan patungan agribisnis konglomerat milik Dhanin yaitu Charoen Pokphand Group dengan China SAIC Motors meluncurkan MG mobil klasik Inggris di tengah perlambatan sektor otomotif. Hal ini juga ikut menekan kekayaannya. Perusahaan patungan agribisnis konglomerat milik Dhanin yaitu Charoen Pokphand Group dengan China SAIC Motors meluncurkan MG mobil klasik Inggris di tengah perlambatan sektor otomotif. Hal ini juga ikut menekan kekayaannya.


Rahsia Kejayaan Perniagaan Dhanin Chearavanont 
Sentiasa mempelajari teknologi terbaru dan menggunakannya sebaik yang mungkin. Dengan pendekatan ini beliau dapat mengurangkan kerja para pekerja, maka mereka lebih fokus kepada meningkatkan produktivi dan melipatgandakan pendapatan.
Sentiasa Mengamalkan 3 Prinsip Manfaat didalam model perniagaan iaitu
       1.       Manfaat Rakan Kongsi, Pekerja, Pembekal
       2.       Manfaat Pengguna
       3.       Manfaat Syarikat dan Perniagaan
Tiga Prinsip ini digunakan setiap kali memulakan sesuatu perniagaan baru dan terbukti berjaya ketika menembusi pasaran di China dengan menggunakan 3 prinsip manfaat iaitu
       1.       Menguntungkan kerajaan China
       2.       Menguntungkan rakyat China
       3.       Menguntungkan perniagaan

Jadi peladang, pengguna dan syarikat berkongsi manfaat. Antara lain juga beliau disokong oleh para pekerja yang berbakat. Jika dilihat konsep perladangan dan perternakan di Thailand amat maju dan moden. Peladang tidak lagi perlu berpanas dan sebagainya kerana mereka berladang didalam bilik khas yang berhawa dingin. Kawalan serangga yang minimum.

Beliau sememangnya amat menitik beratkan kemajuan teknologi didalam semua rantaian operasi perniagaannya. Sehingga ke hari ini kumpulan CP sentiasa mempelajari 90% teknologi dari Amerika Syarikat dan selebihnya dari Eropah. Bagi beliau teknologi terkini bagi memastikan efisiensi dan meningkatkan pendapatan.

Pembangunan Keusahawanan Di Malaysia

Sejarah keusahawanan Islam telah kita ketahui serba sedikit seterusnya akan kita singkap sejarah permulaan keusahawanan di Malaysia. Keusahawanan di Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila penduduk tempatan menjalankan urusniaga dengan pedagang asing. Tanah Melayu khususnya Melaka ketika itu menjadi tempat pelabuhan pedagang-pedagang berhenti. Kemahshurannya di kalangan pedagang luar tidak asing lagi sehingga menimbulkan minat dikalangan kuasa besar untuk menaklukinya. Dan akhirnya apabila British berjaya memerintah Tanah Melayu, mereka membawa masuk buruh dari Cina dan India seterusnya menukarkan struktur sosial sedia ada dengan menjalankan pemerintahan “Pecah dan Perintah”. Dengan pemecahan ini orang Melayu dikerah bekerja sebagai pentadbir dan ditempatkan disektor pertanian. Kaum Cina bekerja dilombong dan berniaga manakala kaum India bekerja disektor perladangan. Hasilnya kaum Cina lebih kehadapan dalam soal perniagaan berbanding dengan kaum Melayu dan kaum India.
            Selepas kemerdekaan, kerajaan Malaysia menyedari betapa pentingnya bidang keusahawanan kepada individu, masyarakat dan negara serta mula memikirkan kepentingan sumbangannya kepada negara. Semenjak dari itu, kerajaan telah menekankan bidang keusahawanan sehingga hari ini. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020, semua pihak menggalakkan dan memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan merupakan bukti-bukti kerajaan Malaysia  mengambil berat akan bidang keusahawanan.      
            Selain itu kerajaan menunjukkan galakan terhadap pembangunan keusahawanan dengan memberikan pengiktirafan kepada usahawan yang menyumbang kepada pembangunan negara. Pada tahun 1995 kerajaan menubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan sebagai badan yang mengawal dan mempromosi pembangunan keusahawanana di Malaysia. Kini, kementerian tersebut telah ditukar kepada kepada Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi. Penggalakkan keusahawanan turut di serap kepada masyarakat melalui perkenalannya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) baik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan juga Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Suatu program telah dirangka dan dilaksanakan di beberapa buah IPT di Malaysia. Program ini dinamakan Program Pembudayaan Keusahawanan Siswa dan mempunyai empat aktiviti utama. Aktiviti pertama merupakan modul keusahawanan yang diajar untuk semua pelajar tahun satu sebanyak dua jam kredit. Aktiviti kedua ialah pelajar diminta menganjurkan kursus asas keusahawanan siswa selama lima hari untuk pelajar tahun akhir. Manakala aktiviti ketiga ialah Program Pembudayaan Usahawan Siswa (PPUS) tajaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD). Aktiviti keempat pula ialah program Student In Free Enterprise (SIFE) yang bertujuan untuk menggalakkan siswa menjalankan aktiviti ekonomi dan kemasyarakatan bagi meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat setempat.
            Pembangunan keusahawanan di Malaysia berkembang pesat sepesat pembangunan negara. Kerajaan berusaha keras dari masa ke masa memberi sokongan dalam bidang keusahawanan untuk memastikan masyarakat sedar akan kepentingannya iaitu bukan sahaja dapat menyumbang manfaat kepada pertumbuhan negara bahkan memberi kebaikkan kepada individu yang terlibat sendiri.          

Dasar Wawasan Negara (DWN)


  1. Fasa Pertama Dasar Wawasan Negara (DWN) berjaya dicapai melalui Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Rangka Rancangan Jangka Panjang ke-2 (1991-2000).
  2. Fasa Kedua Dasar Wawasan Negara akan dijayakan melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang ke-3 (2001-2010).
  3. Dasar Wawasan bertujuan untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang progresif dan makmur. Dasar ini mempunyai objektif untuk membentuk masyarakat Malaysia yang hidup dalam harmoni serta berkongsi untung nasib sepenuhnya dengan saksama.
  4. Pertumbuhan ekonomi akan terus diusahakan di samping tumpuan kepada pengurangan kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat serta pengurangan ketidaksamaan sosial, ekonomi dan wilayah.
  5. Dasar ini akan terus memberi keutamaan kepada pembangunan yang mampan dan mesra alam untuk memastikan alam sekitar yang bersih, sihat dan menarik serta berupaya memenuhi aspirasi negara.
  6. Dasar Wawasan Negara berteraskan kestabilan dan perpaduan negara. Kerajaan akan menyemarakkan semangat patriotik, menaikkan kematangan politik, dan membina masyarakat yang lebih bertolak ansur.
  7. Dasar ini bertujuan mengukuhkan institusi kewangan dan korporat di Malaysia.
  8. Kerajaan akan menyekat aliran modal jangka pendek yang bersifat spekulatif.
  9. Kerajaan dijangka menggalakkan penggunaan swasta (private consumption) disebabkan pendapatan boleh guna (disposable income) yang lebih tinggi. Pada tahun 2002, bonus yang lebih daripada 2 bulan yang ditawarkan oleh syarikat swasta kepada pekerja tidak dikenakan cukai tambahan.
  10. Kerajaan akan menggalakkan pelaburan asing dalam industri yang berinsentif modal dan berteknologi tinggi.

 Sumber :
Mohd Tajuddin Abd Muttaliff (2005). Pengajian Am Kertas 1. Selangor : SNP Panpac Sdn. Bhd.

10 Individu Terkaya Di Malaysia 2014

1. Robert Kuok(54.48)


Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal lelaki paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM54.48 billio berbanding RM46.1 billion tahun lepas.

2. T. Ananda Krishnan(RM33.19 billion)


Ananda, mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset yang dimilikinya menerusi Usaha Tegas SDN BHD bernilai RM33.19 billion, peningkatan sebanyak 0.88 peratus daripada RM32.90 billion tahun lepas.

3. Tan Sri Teh Hong Piow(RM 18.07 billion)


Tokoh perbankan Public Bank ini kekal di tempat ketiga sejak tiga tahun lepas, dengan aset bernilai RM18.07 billion.

4. Tan Sri Quek Leng Chan(RM 14.11 billion)


Tan Sri Quek Leng Chan melalui Hong Leong Group dan Guoco Group, dengan kekayaan bernilai RM 14.11 billion tahun ini.

5. Tan Sri Lee Shin Cheng (RM 13.12 billion)


Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group yang melompat dari kedudukan keenanm tahun lepas dengan kekayaan berjumlah RM 13.12 billion, naik daripada RM 10.56 tahun lalu.

6. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (RM 11.07 billion)


Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary jatuh ke tempat keenam berbanding tahun lepas walaupun kekayaan beliau meningkat sebanyak 4.43 peratus kepada RM 11.07 billion daripada RM 10.6 billion pada tahun sebelumnya.

7. Tan Sri Lim Kok Thay (RM 9.43 billion)


Kekayaan ketua Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay meningkat 16.18 peratus kepada RM9.43 billion.

8. Puan Sri Lee Kim Hua (RM7.47 billion)


Ibu kepada Tan Sri Lim Kok Thay mempunyai kekayaan sebanyak RM 7.47 billion, meningkat 3.2 peratus.

9. Datuk Mokhzani Mahathir (RM4.22 billion)


Datuk Mokhzani Mahathir melalui Sapura Kenchana Petroleum berada di tempat kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 billion.

10. Tan Sri Azman Hashim (RM4.11 billion)


Tokoh perbankan Tan Sri Azman Hashim melalui Arab-Malaysian Corporation menduduki tempat ke-10 dengan aset bernilai RM4.11 billion tahun ini.

Wawasan 2020


Wawasan ini merupakan satu wawasan jangka panjang untuk menjadikan Malaysia maju sepenuhnya dalam bidang perindustrian dengan acuannya sendiri. Sembilan cabaran yang mesti dipenuhi ialah :

  1. Mewujudkan Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama-sama.
  2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram, berkeyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan gagah menghadapi segala masalah.
  3. Membangunkan negara demokratik yang matang dan bersefahaman.
  4. Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika serta kukuh dengan nilai agama.
  5. Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur.
  6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.
  7. Mewujudkan masyarakat penyayang.
  8. Memastikan masyarakat yang adil dari aspek ekonomi.
  9. Mewujudkan masyarakat yang makmur, mempunyai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, giat dan kental.

Sumber:
Yusof Ismail (2008). Dasar-dasar Utama Kerajaan Malaysia. Kuala Lumpur : Pencetakan Zafar Sdn. Bhd.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

  1. Sambungan Dasar Ekokonomi Baru (DEB). Diperkenalkan oleh pentdbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
  2. Fokus:
    1. Membasmi golongan miskin
    2. Menyusun semula masyarakat
  3. Objektif:
    1. Memperkukuhkan kestabilan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik melalui pembangunan bandar dan di luar bandar
    2. Menjadi negara maju dan mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika, moral, kualiti hidup dan mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil dan kecemerlangan ekonomi
  4. Program:
    1. Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
    2. Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek
    3. Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi
    4. Menerapkan nilia sosial, kerohanian, dan amalan cintakan alam sekitar
    5. Meningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan


Dasar Ekonomi Baru (DEB)


  • Dicetuskan oleh Tun Abdul Razak
  • Keperluan lebih dirasakan apabila tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei
  • Umumnya berpendapat bahawa peristiwa sedemikian dapat dielakkan sekiranya kita berusaha

    • Merapatkan jurang ekonomi
    • meningkatkan pendapatan perkapita setiap kaum
    • membasmi kemiskinan
    • menyusun semula masyarakat
    • melebarkan dan meluaskan peluang setiap kaum dalam ekonomi dan pentadbiran

  • Program Ekonomi 20 tahun (1971-1991)

  • Terbahagi kepada 5 penggal atau Rancangan Malaysia

  • Dianggap gagal mencapai sasaran ekuiti saham 30% bumiputra

  • Berjaya mencorak ekonomi yang mantap, pengurusan yang baik dan peningkatan sosio ekonomi setiap kaum di Malaysia

  • Diantara kejayaan DEB dapat dilihat dengan tertubuhnya beberapa agensi dan syarikat yang berdaya maju seperti

    • Tabung Haji
    • Petronas
    • KWSP
    • Felda
    • Permodalan Nasional Berhad
    • Meningkatnya bilangan Universiti
  • Jumlah usahawan dan ahli perniagaan bumiputera yang bergiat aktif terus meningkat
  • Jumlah ahli profesional dikalangan bumiputra seperti CEO, peguam, doktor, pensyarah , jurutera dan akauntan meningkat
Walaupun pencapaian pegangan saham bumiputera di penghujung DEB hanya 17.8% tetapi DEB telah berjaya menambah ruang dan jenis kegiatan ekonomi kaum bumi putera telah pun bertambah.
Ada pihak yang beranggapan kegagalan pencapaian kaum bumiputera dalam DEB disebabkan beberapa perkara seperti :
  • Rasuah
  • mengalibabakan projek
  • Modal kecil
  • Pengalaman dan pengetahuan dalam bidang berkaitan amat kurang