Tuesday, 4 November 2014

Ciri2 Usahawan MUSLIM

Usahawan Muslim merupakan muslim yang berterusan mencari, mengembeling  dan memanfaatkan kurnia Allah yang lain selari dengan tuntutan dan arahan yang telah ditetapkan dalam Al Quran dan Sunnah.
1.     Mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggi untuk berjaya.
2.     Mempunyai niat yang betul dalam menjalankan keusahawanan.
3.     Mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi dalam bidang yang diceburi.
4.     Bertanggungjawab kepada semua yang berkepentingan.
5.     Sentiasa berjimat dalam menggunakan sumber.
6.     Mempunyai kemahiran membuat keputusan yang tepat.
7.     Berfikiran terkehadapan
8.     Pandai berhubung dengan manusia.
9.     Sentiasa menjaga kualiti.
10. Sentiasa menjaga agar tidak terlibat dengan aktiviti yang diharamkan oleh Allah.
11. Elakkan dari banyak berhutang.
12. Sentiasa menilai tindakan dan keadaan berjaga-jaga.
13. Bersyukur dengan kejayaan.
14. Tidak boros dengan kekayaan dan tidak kedekut.
15. Sentiasa membayar hutang jika berhutang.
16. Beriman serta mementingkan ibadah.
17. Sanggup berkorban di jalan Allah.
18. Berdisplin dan bersistematik
19. Dermawan
20. Bertawakal


Ciri2 Usahawan yang Menepati Ajaran ISLAM

Usahawan dan peniaga perlu mengetahui tentang ciri-ciri usahawan islam yang benar-benar menepati ajaran islam dan diakui oleh islam serta diredai Tuhan dan rasul-Nya.Antara ciri-ciri tersebut ialah:

1.Menunaikan solat lima waktu.
Usahawan perlu menunaikan solat lima waktu setiap hari. Solat adalah tiang agama yang perlu ditunaikan di mana sahaja berada. Ramai usahawan mengabaikan solat lima waktu kerana terlalu sibuk berniaga. Mementingkan wang sehingga mengabaikan solat. Usahawan tidak pernah memandang nasib pada masa hadapan iaitu akhirat.
Manusia yang sentiasa berterima kasih kepada Allah ialah manusia yang menunaikan perintah Tuhan walau di mana pun berada. Menunaikan solat adalah kewajipan kepada orang islam yang mukallaf. Menunaikan solat bukan mengambil masa yang lama dan panjang. Luangkanlah masa mengerjakan solat.Jadilah usahawan yang diredai Allah dan nabi-Nya. Apalah guna mendapat rezeki yang banyak, memandu BMW, tinggal di banglo mewah,memiliki suami atau isteri yang cantik,mendapat anak-anak yang sihat, mampu melancong sana sini tetapi di dalam kubur nanti menerima pukulan mungkar dan nangkir, manakala akhirat kelah dihumban ke neraka. Itulah balasan usahawan yang mengabaikan solat.

2.Mementingkan rezeki halal.
Perniagaan mempunyai pelbagai cabang. Islam hanya menghalalkan segala jenis perniagaan yang bersih. Sikap usahawan yang tidak pernah mengambil berat isu halal haram adalah usahawan yang tidak mementingkan agama. Menjual dadah, arak, mengamalkan rasuah, judi, menipu, menyembunyikan aib produk, menjual produk tarikh luput, monopoli, menyorok barang adalah antara contoh perniagaan yang dilarang sama sekali. Namun segelintir usahawan mahu cepat kaya dan mahu mengambil jalan pintas.
Begitu juga usahawan yang menipu dalam timbangan dan sukatan kerana mahu mengaut lebih keuntungan.Ada juga usahawan yang menjual emas yang telah dicampur dan mendakwa ianya asli dan tulin. Pelbagai usaha dan langkah dilakukan usahawan untuk mengaut keuntungan tanpa mengira perbuatan tersebut adalah salah. Usahawan yang mahu mendapat keredaan Allah perlu menjalankan perniagaan dengan cara yang jujur, amanah, bersih dan suci. Usahawan yang mementingkan rezeki yang halal adalah usahawan yang diakui Tuhan sebagai usahawan yang taat dan mendapat balasan baik di akhirat nanti.

3.Sentiasa benar.
Kebanyakan usahawan berpendapat jika seseorang mahu berjaya dalam perniagaan perlu belajar menjadi penipu dan pembohong. Sifat berbohong dan menipu akan melariskan perniagaan. Memang tidak dinafikan berbohong akan mudah melariskan jualan dan memajukan perniagaan kerana pelanggan mudah percaya dan tertarik dengan apa yang dikatakan usahawan. Walaubagaimanapun sikap berbohong dan menipu adalah sikap yang dibenci oleh Allah.Islam tidak pernah menghalalkan perbuatan berbohong untuk melariskan perniagaan.

“Berkatalah benar walau pahit sekalipun”, begitulah sabda nabi. Dan sebuah hadis bermaksud “Benar itu membawa kepada kebenaran dan kebenaran itu membawa kepada syurga”. Kedua-dua hadis tersebut jelas menunjukkan kepentingan sifat benar. Usahawan yang mahu mendapat keredaan Tuhan perlu sentiasa benar dalam apa jua yang dilakukan samaada dalam kehidupan seharian atau perniagaan. Jangan mengharapkan jualan yang laris dengan sikap berbohong. Berbohong akan menyebabkan rezeki yang diperolehi menjadi haram dan tidak berkat. hidup usahawan islam yang mahu cemerlang.

Sentiasalah benar dalam perniagaan. Jangan menipu dan berbohong kerana tamakkan keuntungan.Jangan jadikan rezeki itu haram dan tidak berkat. Jangan campakkan diri dalam kerosakan akibat berbohong dan berdusta.

4.Mengutamakan hak pengguna.
Usahawan yang diredai Allah dan nabi-Nya adalah usahawan yang menjalankan perniagaan bukan semata-mata mengaut keuntungan tetapi juga mementingkan hak pengguna. Usahawan yang menjual daging ayam yang tidak disembelih dengan betul dan menepati syariat ialah usahawan yang tidak menghormati hak pengguna. Usahawan yang menjual dengan harga terlampau tinggi adalah usahawan yang tidak menghormati pengguna. Usahawan yang memuji kualiti produk melebihi kualiti sebenar adalah tidak bertanggungjawab.Usahawan yang menjual produk tiruan adalah tidak bertanggungjawab. Usahawan yang menjual produk yang membahayakan pengguna adalah tidak bertanggungjawab.Usahawan yang menyembunykan aib produk adalah tidak bertanggungjawab.

Pelbagai jamu, pil kesihatan keluaran tempatan dan luar negara dijual dipasaran. Kebanyakan usahawan tidak mengendahkan keselamatan pengguna. Apa yang penting ialah keuntungan. Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan seperti mengharamkan produk yang berbahaya dan memberi kesan sampingan tetapi usahawandegil tetap mahu menjual dan boleh didapati di mana-mana dengan mudah. Usahawan yang mementingkan hak pengguna adalah usahawan yang diredai Tuhan.

5.Menunaikan zakat.
Islam adalah agama sederhana dan tidak menyusahkan umatnya. Zakat adalah rukun islam, namun ianya hanya diwajibkan kepada orang yang mampu sahaja. Apabila usahawan mampu dan layak mengeluarkan zakat, maka usahawan perlu mengeluarkan zakat. Wujud usahawan yang tidak menunaikan zakat walaupun layak. Alasannya ialah mahu menggunakan wang tersebut ke arah lain seperti melancong, membeli perhiasan,membeli barang kemas dan lain-lain. Usahawan degil merasa rugi mengeluarkan zakat walaupun tahu zakat itu wajib.
Zakat akan membersihkan harta dan memberi banyak manfaat kepada orang memerlukan seperti orang miskin, orang cacat, fakir dan lain-lain. Usahawan perlu mempunyai akaun kira perniagaan dan membayar zakat jika layak jika mahu menjadiusahawan cemerlang dan diredai Tuhan. Malah harta zakat akan menjadi saksi nanti diakhirat kepada usahawan.

6.Sentiasa bersyukur.
Kebiasaannya manusia akan gembira bila mendapat nikmat dan kecewa dan sedih apabila ditimpa kesusahan dan masalah. Begitulah dengan usahawan. Usahawan perlu belajar menjadi manusia bersyukur ketika susah dan senang. Usahawan perlu bersyukur ketika perniagaan menampakkan kemajuan dan tidak kecewa apabila mengalami kemerosotan. Usahawan yang bersyukur akan merasakan kemerosotan sebagai ujian dan dugaan dari Allah.

Menjadi usahawan yang bersyukur akan membersihkan usahawan daripada segala sifat keji dan hina seperti hasad dengki, sombong, takabbur, ego dan mementingkan diri sendiri. Sifat syukur juga akan mendidik usahawan menjadi manusia yang sentiasa merendah diri. Usahawan perlu sentiasa bersyukur agar diredai Allah dan nabi-Nya.Jangan hanya tahu bersyukur apabila mendapat kesenangan tetapi menyalahkan Tuhan apabila ditimpa kesusahan dan masalah.

7.Sentiasa bertaubat.
Tiada manusia yang bersih tanpa noda,tidak terkecuali usahawan. Bertaubat adalah jalan membersihkan diri. Manusia sering lalai dan lupa. Manusia sering ditipu oleh nafsu dan syaitan. Usahawan perlu sering bertaubat untuk membersihkan diri. Jangan jadi usahawan yang suka menipu dan melakukan perbuatan haram, kemudian bertaubat untuk menghalalkan harta perniagaan. Ianya taubat yang tidak bernilai di sisi Tuhan. Harta haram tetap haram. Ianya tidak akan menjadi halal walau ribuan zikir taubat dilaungkan. Justeru usahawan perlu menjauhkan perbuatan dan cara perniagaan yang haram. Amalkan cara dan panduan perniagaan berlandaskan suruhan dan ajaran agama.

8.Menjaga perhubungan baik dengan manusia.
Usahawan banyak berinteraksi dengan pengguna dan pelanggan. Justeru usahawan perlu menjaga hubungan baik.Bukan sahaja bermatlamat keuntungan dalam perniagaan tetapi mahu mengekalkan silaturahim,persaudaraan dan kemanusiaan. Usahawan perlu menjauhkan sikap yang menyakiti manusia lain seperti menggunakan perkataan kesat, sindiran, penghinaan dan lain-lain. Usahawan juga tidak patut memandang rendah kepada manusia lain terutama orang miskin dan hina. Sikap sombong dan ego terutama berhadapan manusia serba kekurangan patut dijauhi. Lihatlah bagaimana kereta mewah menghimpit penunggang motosikal, begitulah sikap manusia ego dan tidak bertanggungjawab.

Usahawan perlu menjaga tingkah laku dan perbuatan agar tidak dibenci manusia lain. Profesion usahawan bukanlah peluang menunjukkan kehebatan dan kebanggaan tetapi adalah cara mencari rezeki halal dan mendapat keredaan Tuhan disamping menjaga hubungan baik dengan manusia

9.Berjasa.
Sebuah hadis bermaksud “Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling bermanfaat kepada manusia lain”.Justeru usahawan boleh menjadi manusia yang paling banyak berjasa kepada manusia lain kerana usahawan dilimpahkan rezeki yang lebih banyak berbanding manusia yang makan gaji. Pelbagai perbuatan baik boleh dilakukan usahawan jika mahu berjasa. Binalah perpustakaan persendirian di kawasan anda dan beri peluang pelajar dan orang ramai memanfaatkannya. Bantulah anak yatim dan pelajar miskin.Bantulah ibu atau bapa tunggal yang susah.


Binalah perhentian bas. Berilah sumbangan untuk membina dewan, surau, tempat permainan dan lain-lain. Terlalu banyak perkara dan benda boleh dilakukan usahawan jika mahu menjadi manusia berjasa. Usahawan perlu mengejar keuntungan dan kekayaan, namun usahawan perlu berjasa kepada negara dan manusia lain.Jangan sia-siakan kekayaan dan keuntungan. Jadilah
usahawan yang dikenang kerana kebaikan,bukan usahawan yang banyak menghabiskan harta keuntungan di tempat maksiat dan dosa.

10.Membantu usahawan lain.
Jika anda berjaya dan cemerlang dalam perniagaan,bersyukurlah kepada Allah. Buktikan kasih sayang anda kepada bangsa dan agama dengan membantu usahawan lain supaya berjaya seperti anda. Andai anda berpeluang dan mempunyai kelapangan, manfaatkan masa untuk memberi ceramah kepada usahawan terutama usahawan baru, menulis artikel tentang perniagaan di akhbar dan majalah, menulis buku tentang perniagaan. Berikanlah ilmu, kemahiran, pengalaman dan pengetahuan kepada usahawan lain. Ramai usahawan menunggu buku karangan usahawan terkenal seperti Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Halim Saad, Datok Saleh Sulong dan lain-lain.

Berikan idea dan pengalaman berguna kepada usahawan lain.Sekiranya tidak mampu membantu dengan wang ringgit,berikanlah ilmu.Ini berdasarkan sebuah pepatah cina yang bermaksud “Apabila seseorang meminta ikan, jangan beri ikan tetapi berilah pancing dan ajarkan dia memancing ”.

10 Perkara yang perlu ada untuk menjadi usahawan yang berjaya

Menjadi usahawan yang berjaya ataupun untuk membina sebuah perniagaan yang berjaya adalah satu perjalanan yang jauh. Jika diumpamakan sebagai satu aktiviti sukan, ia seumpama menyertai satu pertandingan marathon larian sejauh 20 kilometer.
Antara 10 perkara yang perlu ada untuk menjadi usahawan berjaya adalah:
1.     Ilmu – Menjadi usahawan berjaya memang susah, ianya menjadi lebih susah seandainya anda bodoh. Oleh itu kumpulkan ilmu sebanyak mungkin yang mampu digunakan untuk melaksanakan apa yang anda mahu lakukan. Tak ada alasan sekarang ini untuk mendapatkan ilmu dengan mudah. Paling baik adalah dengan jadikan tabiaat membaca sebagai darah daging. Baca buku, baca internet dan belajar daripada sesiapa saja asalkan ianya perkara baru yang bermanfaat.
2.     Semangat – Walaupun dengan ilmu setinggi mana, tanpa semangat yang tinggi, anda tak akan kemana. Buatlah apa saja untuk membina semangat. Sertai program untuk mengaktifkan diri samada berbayar atau percuma. Lebihkan bergerak dan penuhi masa anda dengan aktiviti positif untuk membina semangat. Orang yang tidak aktif dan tidak bergerak secara automatik membunuh semangat diri.
3.     Kesabaran – Semangat yang besar mana sekalipun jika tidak disertakan dengan kesabaran akan hancur berkecai. Melatih kesabaran dapat dilaksanakan dengan mengambil sikap menghabiskan apa saja yang dilakukan. Tamatkan apa saja yang anda telah mulakan dan jangan berhenti sekerat jalan. Ingat! apa saja bermakna tidak semestinya urusan perniagaan sahaja. Anda tak akan tahu tahap kesabaran selagi tidak mencampak diri dalam ujian. Sabar bukan ada hanya di mulut, tetapi di dalam segala tindakan kita meneruskan perjalanan tanpa henti.
4.     Kepercayaan – Tanpa kepercayaan, semangat tinggi dan kesabaran akan mati. Dengan menambah maklumat dari pembacaan dan mendengar serta melihat kejayaan orang lain akan membina kepercayaan. Oleh itu bina data pekercayaan sebanyak mungkin dalam minda selagi hayat dikandung badan.
5.     Kawan – Ramai yang tak sedar dengan kelebihan berkawan. Tambah lagi dalam suasana desakan kehidupan zaman moden ini, ramai yang mengambil sikap meminggirkan aktiviti berkawan. Kawan adalah antara perkara penting yang perlu ada pada semua usahawan. Dengan kawan kita kogsikan masalah, kejayaan, peluang dan lain-lain lagi. Kawan yang baik tidak pernah mengharapkan balasan. Kawan yang baik sentiasa memberikan ilmu, semangat, dan kepercayaan yang kita perlukan untuk berjaya.
6.     Kenalan – Dari kenalan kita bina kumpulan kawan baru. Usahawan perlu buang sikap malu dan malas untuk berkenalan. Jangan terus harap bantuan dari kenalan baru kerana tujuan berkenalan adalah untuk berkawan. Pastikan aktiviti berkenalan tidak putus kerana untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dari sekarang kita perlukan kenalan yang lebih baik daripada yang telah ada.
7.     Modal – Selain dari wang, kemahiran adalah modal yang jauh lebih bernilai daripada wang ringgit. Malah dengan kemahiran modal akan datang bergolek di depan mata.
8.     Idea – Idea tak akan datang jika otak tidak digunakan untuk berfikir secara kritis. Luangkan masa berfikir secara sistematik dengan menggunakan pen dan kertas. Aktiviti berfikir perlu menjadi rutin usahawan sekurang-kurang sejam setiap hari.
9.     Kegagalan – Kegagalan bukan penamat. Kegagalan hanyalah satu keputusan untuk menilai kaedah yang telah digunakan sebelum ini untuk pedoman di masa hadapan. Orang yang tidak pernah gagal sebenarnya tidak pernah melakukan apa-apa. Lebih banyak orang belajar dari kegagalan daripada kejayaan. Oleh itu bersedia untuk menerima kegagalan dan terus mencuba dengan kaedah yang berbeza.
10. Kejayaan kecil – Kejayaan kecil perlu dikumpul sepanjang masa. Jangan pandang remeh akan semua kejayaan yang sekecil-kecilnya sekalipun ianya hanyalah sekadar berjaya membantu mengambil pen orang yang terjatuh. Raikan kejayaan kecil kerana ia membina rekod kepuasan dan keazaman untuk terus berjaya.

Monday, 3 November 2014

Yayasan EMKAY


YAYASAN EMKAY diasaskan pada 12 Januari 2001 dengan matlamat untuk meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik tanpa batasan bangsa dan agama, terutama mereka yang tinggal di kawasan pendalaman atau jauh dari arus pembangunan.
Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal Haji Abu Bakar ialah  Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan EMKAY manakala isteri beliau, Puan Sri Datin Hajah Wan Nong Haji Wan Ibrahim, merupakan salah seorang daripada ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan EMKAY
Program bantuan yang dikelolakan Yayasan EMKAY terbahagi kepada enam kategori utama iaitu penjagaan  kesihatan, pendidikan, keagamaan, pembangunan sukan, bantuan ke arah pembangunan kemasyarakatan dan ihsan serta usaha-usaha ke arah peningkatan kesedaran terhadap perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar.
Jumlah peruntukan bagi perlaksanaan program-program anjuran Yayasan EMKAY sehingga 30 Jun 2012 secara keseluruhannya adalah sebanyak RM 34.5 juta

“The Green Ranger Movement Programme will enhance the awareness of the public especially among the youth on the importance of forest preservation. The forest is a gift from God and if it is not well taken care of, we will face dire consequences.”
Tan Sri Mustapha Kamal bin Abu Bakar

Chairman of the Board of Trustees 

Faktor2 yang mendorong penyertaan individu dalam bidang keusahawanan

1)    Status
·         Status atau penghormatan diri merupakan elemen penting yang mempengaruhi usahawan. Usahawan tidak akan dikatakan sebagai seorang yang berjaya sekiranya mereka tidak mampu mempertingkatkan status kehidupan mereka. Usahawan sebagai satu kerjaya merupakan lambang status sosial pada masa kini. Seseorang yang menerajui dan memiliki perniagaan sendiri mempunyai pengaruh dan dihormati dalam masyarakat.
·         Selain itu, golongan ini terlibat untuk membangunkan ekonomi negara dan memberi sumbangan yang besar dalam sektor swasta serta masyarakat dalam pembentukkan Masyarakat, Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.
·         Taraf penghidupan yang tinggi dari segi ekonomi contohnya berpendapatan lumayan, kereta dan rumah mewah juga merupakan aset penarik seseorang untuk menceburi bidang perniagaan.

2)    Keselesaan peribadi
·         Usahawan lebih suka bertindak untuk menjalankan tugasnya tanpa perlu kongkongan orang lain. Ini kerana ia merasakan adanya kebebasan yang wajar dari kekuatan atau ancaman kehilangan dalam urusan seperti keselamatan diri, keselamatan kerja, kestabilan ekonomi dan sebagainya.

3)    Kepuasan diri 
·         Usahawan yang meminati bidang keusahawanan akan sentiasa bekerja keras serta dapat menguruskan sumber dengan berkesan. Berdasarkan Teori Keperluan Maslow (1970), kepuasan dan penyempurnaan diri merupakan elemen kelima di mana seseorang individu itu mahu mencapai kejayaan sebagaimana yang diidamkan.

4)    Kenal Orang Lain
·         Jaringan usahawan merupakan satu perkara yang sangat berkaitan dalam dunia keusahawanan. Dalam rnembangunkan perniagaan, usahawan seharusnya memaharni jaringan usahawan antara diri sendiri dengan sumber-sumber manusia disekeliling perniagaan mereka. Datam rnasa yang sama juga usahawan perlu memahami jenis hubungan dan sifat-sifat hubungan berkenaan agar ia dapat digunakan sebagai kelebihan strategi bagi menghadapi persaingan sengit dalam dunia perniagaan hari ini. Jaringan usahawan itu sendiri merupakan surnber bagi ketebihan kompetitf mapan.

5)    Keperluan akan pencapaian
·         Usahawan akan dianggap berjaya apabila keinginan, matlamat dan objektif penceburan diri mereka dalam bidang keusahawanan berjaya dicapai sebagaimana yang telah dirancangkan.

6)    Kuasa
·         Teori Hierarki Keperluan yang diperkenalkan oleh McClelland (1961) menyatakan bahawa manusia membentuk profil keperluan menerusi pengalaman hidup yang lalu. Keperluan kuasa ini ialah keinginan untuk mengawal orang lain, mempengaruhi gelagat individu atau bertanggungjawab ke atas orang lain.

7)     Perkongsian Idea
·         Penggabungan banyak idea terutamanya pada peringkat awal keusahawanan. Keupayaan berfikir daripada idea rakan kongsi yang banyak dapat memberi kelebihan keyakinan kepada perniagaan untuk berhadapan dengan pesaing-pesaing yang sedia ada dalam pasaran. Idea bernas yang pelbagai mendorong usahawan.

8)    Keselamatan
·         Usahawan lebih suka bertindak untuk menjalankan tugasnya tanpa perlu kongkongan orang lain. Ini kerana ia merasakan adanya kebebasan yang wajar dari kekuatan atau ancaman kehilangan dalam urusan seperti keselamatan diri, keselamatan kerja, kestabilan ekonomi dan sebagainya.