Bismillahirahmanirahim.
. .
Apa itu
Keusahawanan??
Menurut kepada Histrich & Peter (1988),
keusahawanan adalah sesuatu proses dinamik untuk mencipta dimana menanggung
risiko besar di dalam ‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau proses mencipta
sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil kira
risiko kewangan, psikologi dan sosial serta menerima manfaat daripadanya.
Terdapat empat aspek
asas di dalam keusahawanan iaitu :
1) Mencipta sesuatu proses yang baru fan mempunyai nilai
kepada usahawan dan pasaran dimana proses tersebut dibangunkan
2) Memerlukan kesetiaan terhadap masa dan usaha
yang telah dilakukan
3) Memerlukan individu yang sanggup menerima pelbagai risiko
di dalam bidang perniagaan masing-masing terutama dari aspek kewangan,
psikologi dan sosial
4) Menerima banyak ganjaran iaitu kebebasan, kepuasan
peribadi dan keuntungan
Evolusi
Keusahawanan
‘Entrepreneur’ bermaksud “to undertake” yang datang
dari perkataan bahasa Perancis “entrepredre”. Dalam bahasa melayu bermaksud
“untuk mengambil alih”.
Zaman Permulaan
Evolusi keusahawanan bermula dengan zaman permulaan. Pada
zaman permulaan, iaitu bermula zaman Marco Polo yang melakukan perjalanan
perdagangan ke Timur Tengah. Beliau telah menandatangani kontrak perjajian
dengan kapitalis yang merupakan penanggung risiko yang pasif. Setiap keuntungan
akan dibahagikan diantara kapitalis dengan pedagang tersebut.
Zaman Pertengahan
Selepas zaman permulaan, disambung pula dengan zaman
pertengahan. Pada zaman pertengahan, usahawan adalah merupakan orang yang
terlibat di dalam menjaga dan mengawal projek produksi yang besar. Mereka juga
menggunakan sumber yang telah disediakan oleh kerajaan. Sebagai orang yang
mengawal kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awam dan gereja, mereka tidak
menanggung sebarang risiko.
Zaman Abad ke 17
Pada abad zaman ke 17, terdapat hubungan diantara risiko dan
usahawan. Mereka menandatangani perjanjian dan kerajaan untuk sediakan
perkhidmatan atau membekalkan produk yang telah ditentukan. Harga untuuk seyiap
kontrka adalah bersifat tetap dan untung dan rugi adalah ditanggung oleh
usahawan. Pakar ekonomi iaitu Richard Cantilion berpendapat usahawan
merupakan penerima risiko.
Zaman Abad ke 18
Seterusnya pada zaman abad ke 18, iaitu usahawan telah
dipisahkan daripada pembekal (capital). Ini adalah kerana setiap perkembangan
individu dan penciptaan yang berlaku diseluruh dunia. Seperti Eli Whitney &
Thomas Edison merupakan seorang pengguna kapital dan bukannya Pembekal modal.
Zaman Abad ke 19 dan
20
Pada zaman ini, bidang pengurusan seperti pereka cipta iaitu
mencipta idea, mencipta produk, teknologi baru adalah dikenali ebagau usahawan.
Zaman Abad ke 21
Pada zaman yang ke 21 ini, mereka adalah merupakan seorang
hero untuk pasaran Free Enterprise. Mereka juga mencipta pelbagai produk dan
perkhidmatan serta sanggup untuk menghadapi banyak risiko semasa menjalankan
sesuatu pekerjaan. Disamping itu, ramai orang yang menyatakan bahawa usahawan
adalah perintis (pelopor) di dalam mencipta perniagaan yang baru.